sponsor

KLIK [X] 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close

Rozita Che Wan Kesal Dengan Pengurusan Kondo



Meluahkan rasa terkilannya kerana kehilangan kereta, Rozita Che Wan ternyata tidak berpuas hati dengan pihak pengurusan kondominium kediamannya selain menyifatkan ia sebagai sampah.
“Pengurusan kondominium di kediaman saya itu memang tidak boleh diharap dan saya anggap mereka seperti ‘sampah’. Saya bayar bil perkhidmatan setiap bulan tetapi keselamatan penghuni tetap tidak terjamin,” jelasnya kepada Harian Metro.
Tambahnya, sehingga kini belum ada perkembangan terbaru tentang kenderaannya itu kerana pihak polis masih menjalankan siasatan. Bagaimanapun dalam masa yang sama Che Ta juga tidak menolak kemungkinan untuk membeli kenderaan baru.
“Saya tak tahulah, tapi peluang untuk kereta itu ditemui semula macam tipis sahaja. Sebelum ini saya dengar orang yang kehilangan kereta, jarang yang berjaya dapatkannya semula”
“Bukan sedikit duit yang perlu dikeluarkan untuk membeli kereta baru. Namun saya tetap kena beli kereta yang besar juga untuk kemudahan ke tempat kerja. Buat masa ini saya belum putuskan untuk membeli kereta jenama apa kerana keselamatan belum tentu terjamin kalau pakai kereta yang mahal sekalipun,” katanya. (rtky/s)

0 Response to "Rozita Che Wan Kesal Dengan Pengurusan Kondo"

Post a Comment