Bagaimanapun, gosip berkenaan agak sukar untuk dipercayai kerana Nabila ataupun lebih mesra disapa sebagai Abil dan suaminya tampak cukup bahagia menerusi beberapa muat naik di Instagram yang menunjukkan kehidupan mereka yang cukup ceria dan penuh kasih sayang.
Terbaru, Nabila menerusi portal BH ONLINE menyifatkan gosip berkenaan adalah mengarut dan tidak masuk akal. Malah, Abil juga tidak mahu ambil pusing dengan hal tersebut.
Tak mahu komenlah. Merepek sangat gosip itu. Siapalah yang buat cerita macam itu? Suami saya pun tergelak ketika membaca artikel berkenaan.
Tidak semua orang suka melihat kebahagiaan kita sebab itu akan timbul cerita-cerita yang mengarut. Alhamdullillah Abil dan suaminya tidak mempunyai masalah besar. Kami doakan mereka berdua kekal bahagia begini sehingga akhir hayat.
0 Response to "Gosip Rumah Tangga Retak : Nabila Huda Anggap Ia Berita Mengarut"
Post a Comment