Percaya atau tidak, kisah mengenai Ah Wong ini sebenarnya sangat dekat dengan diri kita. Tidak dapat dinafikan sebagai manusia biasa kita seringkali terlepas pandang dan terlajak menghakimi insan lain.
Diolah dengan sangat baik dan menarik, video yang bertemakan #BukaLaHati dan juga #SehatiSejiwa ini ternyata memberi kesan yang sangat mendalam. Bagi Ah Wong, semua tidak kena di matanya. Sedangkan perkara tersebut sebenarnya mampu diubah.
Antara babak yang membuatkan kami turut bergenang airmata adalah ketika jelmaan Ah Wong ketika kecil menceritakan kembali kisah sebenar setiap insan yang menjadi mangsa penghakiman Ah Wong – dari seorang lelaki yang baru kehilangan isteri, suami buta mencari rezeki dan juga pekerja pemotong rumput.
Kami pasti dalam dunia sebenar, kita pasti pernah melakukan perkara yang sama – memarahi insan tanpa usul periksa dan selidik sedangkan mereka sebenarnya turut menghadapi kesukaran namun dipendamkan.
Bagaimanapun setelah menyedari kesilapan yang dilakukan, apa yang dilakukan Ah Wong di penghujung video merupakan satu tindakan yang sepatutnya dicontohi kita semua.
Ayuh marilah turut sama bangkit bermula di hari Merdeka ini dan bukan sekadar mengalirkan air mata selepas menonton namun masih kekal dengan sikap lama. Bagi anda yang belum menonton video ini, kami kongsikan bersama anda. Jaga-jaga, nanti mata bergenang air mata.
0 Response to "Terlalu Mudah Hakimi Orang, Lelaki Ini Terima Pengajaran"
Post a Comment