sponsor

KLIK [X] 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close

Shukri Yahaya Akui Gembira Dan Gementar Ketika Tunggu Detik Kelahiran Anak Perempuannya

Tya selamat melahirkan seorang bayi perempuan tepat jam 12.22 tengah hari di sebuah pusat perubatan di Cheras, Kuala Lumpur.
Berada di sisi isterinya sepanjang proses bersalin, Shukri dapat melihat betapa besar pengorbanan seorang isteri melahirkan zuriat buat suaminya.
Shukri akui beliau merasa gembira tetapi pada masa yang sama sebak dan gementar menantikan kelahiran anak perempuannya itu.
Saya berada di sisinya memberi semangat di samping menenangkannya. Saya dapat lihat sendiri bagaimana susahnya seorang wanita melahirkan anak.
Tentunya gembira dan pada masa sama gementar menantikan proses bersalin itu selesai. Insya-Allah kalau bayi kami dalam keadaan sihat, kami sekeluarga akan dapat pulang ke rumah.
Menurut Shukri, beliau akan memberi nama kepada anak sulungnya itu selepas genap seminggu beliau dilahirkan.
Walaupun agak letih kerana tidak cukup tidur sejak beberapa hari ini, Shukri gembira kerana kini beliau sudah bergelar bapa.
Walaupun penat, semua itu tidak terasa kerana saya terlalu gembira dengan kelahiran ini. Saya bersyukur segalanya berjalan lancar. Saya kini bergelar bapa dan menggalas satu lagi tanggungjawab besar dalam keluarga.
Khas buat peminat Shukri Yahaya, jom layan beberapa lagi foto anak perempuannya dengan membaca entri ini sepenuhnya.

0 Response to "Shukri Yahaya Akui Gembira Dan Gementar Ketika Tunggu Detik Kelahiran Anak Perempuannya"

Post a Comment