Selepas bebas daripada Rumah Pengasih tahun lalu,kami agak bangga dengan perubahan positif Zamani Slam yang kini sudah kembali aktif dalam bidang nyanyian dan sedikit teratur kehidupannya.
Namun, masih ada lagi pihak yang mengaitkan kisah silamnya dan mendakwa Zamani masih lagi bergelumang dengan najis dadah hanya kerana beliau dilihat kembali mengungjungi sebuah pusat pemulihan dadah di Sungai Besi baru-baru ini.
Walaubagaimanapun, Zamani menafikan perkara berkenaan dan menjelaskan tujuan beliau ke sana adalah untuk mendapatkan surat akuan bebas dadah.
Sebenarnya khabar angin atau cakap-cakap saya kembali semula menagih adalah tidak benar dan saya sudah dapatkan surat akuan bebas dadah sebagai buktinya.Saya baru sahaja ke sana untuk buat rawatan susulan dan mendapatkan surat itu untuk persediaan diri saya sendiri.
Mengenai berat badannya yang semakin susut, Zamani menjelaskan ia kerana beliau terlalu penat dengan jadual kerja yang terlalu padat.
Orang tidak tahu saya terlalu sibuk dengan persiapan konsert Slam dan Tiga Suara ini sehingga sedikit menggangu masa makan. Sebenarnya saya malas untuk komen panjang kerana khabar angin bersifat negatif ini hanya akan merosakan kerjaya saya.
Masyarakat kita memang suka mengaitkan masa silam dan mengkritik tanpa usul periksa. Tahniah buat Zamani yang telah bebas dari ketagihan dadah. Teruskan bersemangat untuk menjadi insan yang lebih baik dan tabah dalam menghadapi segala ujian. Jangan pernah putus asa dalam apa-apa perkara.
0 Response to "Zamani Slam Nafi Kembali Ketagih Dadah"
Post a Comment