Kuala Lumpur, 26 Ogos - Pemain badminton negara, Datuk Lee Chong Wei hari ini menafikan laporan yang mndakwa bahawa beliau memilik aset yang mencecah RM300 juta.
Chong Wei berkata, jika memiliki aset sebanyak itu, beliau tidak lagi perlu mengerah keringat untuk bermain badminton dan hanya perlu duduk di rumah sahaja.
“Jika ada RM300 juta, saya fikir saya sudah berhenti bermain badminton.
"Saya tidak perlu kerja dan hanya duduk di rumah," katanya menerusi satu video yang dimuat naik oleh portal The Star.
Semalam, satu portal berita tempatan yang memetik portal thecelebritiesnetworth.com melaporkan aset Chong Wei bernilai RM300 juta berdasarkan hadiah kemenangan, sektor perniagaan, duta kepada puluhan produk di peringkat antarabangsa datempatan, hartanah dan koleksi kereta mewah yang dimilikinya.
Dalam masa yang sama, Chong Wei turut memaklumkan bahawa beliau tidak merasa ahli sukan di negara ini mampu mendapat jumlah aset seperti itu.
“Sukan di negara ini adalah berbeza berbanding dengan bola sepak di negara-negara lain, begitu juga dengan golf dan tenis," katanya. - Siakapkeli.my
Mengulas lanjut mengenai laporan tersebut yang tersebar secara meluas, Chong Wei berkata ia adalah perkara biasa bagi pengguna laman Facebook dan Twitter.
Sumber : Projek MMO
0 Response to "'Kalau Ada RM300 Juta, Saya Tak Perlu Kerja & Hanya Duduk Rumah', Kata DLCW"
Post a Comment