sponsor

KLIK [X] 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close

Gempar!!! Wanita 31 Tahun Maut Akibat Bunuh Diri Setelah Terkena Panggilan Hangit Oleh Sebuah Radio DOT..DOTTTT....!!!




London: Seorang jururawat yang ditipu dua orang deejay (DJ) Australia dengan panggilan palsu sehingga memberi maklumat mengenai kehamilan Duchess of Cambridge Kate Middleton di Hospital King Edward VII, ditemui mati semalam, dipercayai membunuhhhh diri.

Laman web Skynews.com melaporkan, Jacintha Saldanha,31 yang sudah berkhidmat di hospital itu sejak empat tahun lalu ditemui mati di kediamannya berhampiran hospital berkenaan.

“Polis menerima laporan mengenai seorang wanita yang ditemui tidak sedarkan diri di rumahnya di Weymouth Street, jam 9.35 pagi waktu tempatan.

“Ambulans dihantar ke lokasi, malangnya wanita itu disahkan sudah meninggal dunia. Kami tidak mengesyaki sesuatu yang mencurigakan,” kata jurucakap Scotland Yard yang dipetik laman web itu.

Dua deejay stesen radio dot..dot, Michael Christian dan Mel Greig menghubungi hospital berkenaan jam 5.30 pagi Selasa lalu.

Greig yang menyamar sebagai #Ratu Elizabeth, meminta untuk bercakap dengan cucunya dan berjaya memujuk Saldana menyambung talian ke wad Kate menerima rawatan.

Panggilan palsu itu memalukan hospital berkenaan yang sering menjadi pilihan keluarga diraja.

Greig dan Christian menerima kecaman hebat di Twitter, manakala pelbagai pihak menggesa mereka meletak jawatan. – Agensi


0 Response to "Gempar!!! Wanita 31 Tahun Maut Akibat Bunuh Diri Setelah Terkena Panggilan Hangit Oleh Sebuah Radio DOT..DOTTTT....!!!"

Post a Comment