sponsor

KLIK [X] 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close

PENDEDAHAN TERKINI : INILAH HARGA NYAWA RAKYAT MALAYSIA ..MURAH GILER





PENDEDAHAN TERKINI : INILAH HARGA NYAWA RAKYAT MALAYSIA ..MURAH GILER


SELAMATKAH MALAYSIA? PEMBUNUH UPAHAN DIBAYAR SERENDAH RM5,000 UNTUK CABUT NYAWA



Begitu mudah untuk mencabut nyawa seorang manusia pada masa kini. Tak percaya? Menurut laporan akhbar yang dikeluarkan di Berita Harian, pembunuh upahan di Malaysia hanya mengenakan bayaran di antara RM5,000 hingga RM15,000 bagi membunuh atau menghapuskan sasarannya. Dulu penulis pernah mendengar kes pembunuh upahan membunuh mangsa di hadapan rumah sebelum pergi kerja, semasa berjoging pun ada dan juga di hadapan sekolah semasa menunggu anak pulang.

Akan tetapi  ‘kontrak’ pembunuh upahan adalah kes terpencil di Malaysia tetapi ianya menjadi hangat kembali selepas beberapa kes kematian dikaitkan dengan mereka termasuk beberapa kes berprofil tinggi.

Antaranya ialah kes membabitkan Timbalan Ketua Pengarah Kastam Diraja Malaysia (KDRM) Bahagian Perkastaman/Cukai Dalam Negeri Datuk Shaharuddin Ibrahim yang mati ditembak dua lelaki bermotosikal jam 8.15 pagi 26 April lalu ketika kenderaan utiliti sukan (SUV) Nissan Murano dinaikinya berhenti di persimpangan lampu isyarat menghala Lebuh Wawasan di Putrajaya.

Menurut sumber, RM5,000 hingga RM15,000 adalah harga dikenakan pembunuh upahan bagi sasaran biasa. Namun, harga itu boleh mencecah ratusan ribu ringgit sekiranya sasarannya golongan kenamaan, berpangkat tinggi atau pun personaliti. Berdasarkan maklumat risikan, pembunuh upahan kebanyakannya terdiri daripada rakyat negara jiran yang menyusup masuk ke negara ini selepas mendapat ‘kontrak’ namun pembabitan warga tempatan juga dipercayai berlaku.

Kalau kita perhatikan terlalu banyak kes bunuh di halaman rumah, di depan kedai yang sibuk dan dimana-mana sahaja sampai kita sendiri pun tertanya-tanya,  adakah negara Malaysia yang dahulunya aman sudah tidak selamat lagi? Kalau kita Google perkataan tembakan di hadapan rumah, berapa banyak kes terjadi?

Diharapkan pelbagai tindakan dan pelan bakal dilaksanakan oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menerusi jabatan baru  Crime Prevention and Eradication Department (CPED) yang ingin mengurangkan jenayah sehingga 65%.



0 Response to "PENDEDAHAN TERKINI : INILAH HARGA NYAWA RAKYAT MALAYSIA ..MURAH GILER"

Post a Comment