sponsor

KLIK [X] 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close

Aliff Aziz Tak Mahu Ulang Kesilapan Lama

Merasakan dirinya mampu pergi jauh selain mengamalkan sikap sambil lewa, penyanyi Aliff Azizmenjelaskan bahawa perkara tersebut adalah nilai yang terpaksa dibayar apabila perkara tersebut hampir memusnahkan kerjaya dan kehidupannya.
“Dulu saya berasakan seperti boleh melangkah jauh dalam bidang seni, tetapi kerana sikap sambil lewa terhadap kerjaya dan hidup, semua itu musnah sekelip mata. Saya bagaimanapun bersyukur semua itu menjadi ruang untuk saya memperbaiki diri seterusnya menjadi insan lebih matang”
“Sebagai manusia biasa, saya tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan. Saya tak dengar nasihat orang yang menyayangi diri saya ini. Saya anggap semua itu bayaran yang perlu saya terima akibat kesilapan diri sendiri,” katanya kepada BH Online.
Bersyukur di atas peluang untuk kembali menjalani kehidupan yang lebih baik, penyanyi ini tidak mahu perkara yang sama berulang kembali lebih-lebih dirinya kini bakal menempuh alam perkahwinan. (rtky/s)


0 Response to "Aliff Aziz Tak Mahu Ulang Kesilapan Lama"

Post a Comment