Baru-baru ini heboh mengenai berita pertunangan diantara pasangan kekasih, Wak Doyok danAzrinaz Mazhar Hakim yang dilakukan secara tertutup. Bagaimanapun, bekas wartawan penyiaran itu masih belum bersedia untuk menjelaskan perkara berkenaan dan memilih untuk berdiam diri sahaja dah hanya akan memberitahu perkembangan mengenainya nanti kemudian.
“Saya terkejut dengan laporan berita itu. Apa yang saya boleh katakan, buat masa sekarang masih belum ada apa yang saya boleh kongsikan. Jika ada majlis antara kami, saya akan maklumkan. Namun, saya tidak berjanji untuk membuat sebarang pengumuman rasmi atau tidak. Jadi tunggu saja,” katanya kepada Harian Metro berhubung dengan perkara berkenaan.
Terdahulu, Mingguan Malaysia secara eksklusif telah melaporkan berita pertunangan diantara Wak Doyok dan Azrinaz Mazhar Hakim yang diadakan secara tertutup di kediaman Azrinaz, di Desa Hartamas, Kuala Lumpur. Malah difahamkan dalam majlis tersebut, ibu Wak telah menyarungkan cincin ke jari Azrinaz sebagai memeterai ikatan pertunangan diantara mereka.
Ketika diminta mengulas perkara berkenaan daripada Wak Doyok, tidak mengiyakan mahupun menafikan berita pertunangan itu, beliau lebih rela membiarkan orang ramai membuat spekulasi mengenai perkara itu dengan memilih untuk berdiam diri. Pada masa yang sama, beliau meminta untuk diberikan ruang untuk dirinya hidup dengan kehidupan beliau sendiri. (rkty/w)
0 Response to ""Tunggu Saja, Jika Ada Majlis Saya Akan Beritahu Kemudian""
Post a Comment