Debaran menantikan hari perkahwinan yang bakal menjelang tidak lama lagi masih dirasai olehAna Dahlia walaupun pernah melalui pengalaman berkahwin sebelum ini. Namun baginya biarpun tarikh perkahwinan yang akan berlangsung pada 31 Ogos ini dirancang secara mengejut tetapi beliau yakin perkara baik seperti ini pasti akan dipermudahkan olehNya.
“Perkahwinan sebelum ini tidaklah begitu gementar. Mungkin kerana saya merasakan bahawa perkahwinan kali ini adalah yang terbaik buat diri saya. Lagipun sudah lima tahun saya bercerai. Saya tahu bergelar isteri adalah satu tanggungjawab yang besar dan saya sudah bersedia untuk semua itu. Apa yang penting, kami berdua dapat terima diri masing-masing”
“Saya tidak pernah komen apa-apa mengenai perkahwinan saya sebelum ini dan saya rasa tidak perlu untuk saya ulas. Semua pasangan ada masalah dan kadang-kadang, dari luar kita nampak hubungan pasangan itu utuh dan cantik, tetapi kita tidak tahu apa yang mereka sedang hadapi,” katanya kepada Utusan Online berhubung dengan perkara tersebut.
Seperti Ana, bakal suaminya juga pernah melayari perkahwinan dan melalui krisis perceraian beberapa kali bersama wanita yang sama. Dengan itu masing-masing lebih bersikap memahami dan tidak mahu mengungkit kisah terdahulu sebaliknya beliau dan bakal suami ingin membina rumah tangga yang lebih baik dan bahagia berbanding sebelum ini.
Terdahulu, Ana sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama Chef Riz Redzuan pada November tahun 2012. Selepas 11 bulan melayari bahtera perkahwinan mereka akhirnya berpisah. Tidak mendedahkan punca perceraian mereka, namun merasakan tiada persefahaman lagi diantara mereka selepas wujud permasalahan sejak tiga bulan perkahwinan. (rkty/w)
0 Response to "Ana Dahlia Kahwin Lelaki Pilihan 31 Ogos Ini"
Post a Comment