1
Biarpun semakin pulih, isteri kepada pelakon popular, Shukri Yahaya iaitu Tya Adnan masih lagi dalam keadaan lemah.
Bagaimanapun, teraju utama drama 7 Hari Mencintaiku ini bersyukur apabila isterinya itu sudah dibenarkan pulang ke rumah selepas ditahan di hospital hampir dua minggu.
"Alhamdulillah, dia baru saja dibenarkan keluar dari hospital, empat hari lalu.
"Kini, dia hanya berehat di rumah.
"Semangatnya juga hilang dan memerlukan pemerhatian serta penjagaan rapi daripada ahli keluarga," katanya pada Media Hiburan.
Jelasnya, isterinya itu dijangkiti virus leptospirosis atau kencing tikus selepas mengalami demam panas hampir 10 hari.
http://polopoly.karangkraf.com:8080/polopoly/polopoly_fs/1.657674.1491882040!/image/image.jpg
"Asalnya, dia mengalami demam panas selama 10 hari.
"Dalam tempoh itu, kami telah pergi empat klinik tapi semuanya tak dapat detect penyakit sebenar.
"Saya kemudiannya terus membawa dia ke hospital," katanya.
Pun begitu, pelakon berusia 28 tahun ini tidak mengetahui apakah punca sebenar isterinya dijangkiti virus tersebut.