sponsor

KLIK [X] 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close

10 Perkara Unik Di Jepun Yang Buatkan Anda Terkejut!

Jepun antara negara terbaik di Asia. Dari segi kemajuan, mereka sentiasa dihadapan. Bukan itu saja, sistem pendidikan mereka juga antara yang terbaik.
Jadi tidak hairanlah mereka mampu perkenal sesuatu yang unik dan lebih maju dari negara-negara lain.
Kami senaraikan 10 perkara unik yang buatkan anda rasa kagum dan inginkannya di Malaysia!

10. Kapsul tidur

Terdapat beberapa tempat di Jepun yang menawarkan bilik/kapsul khas untuk pelanggan tumpang tidur.

Tahukah anda, kapsul ini dicipta kerana di Jepun, terdapat budaya dimana pulang awal akan dianggap sebagai perkara yang memalukan kerana ia secara langsung menggambarkan seseorang itu tidak rajin bekerja.
Bagi mereka yang habis kerja awal, kapsul tidur merupakan cara terbaik untuk berehat sebelum pulang ke rumah.

9. Jalan muzikal

Terdapat beberapa jalan raya di Jepun di mana pemandu akan ditemani bunyi muzik bagi menghilangkan stress di jalan raya.

8. Kafe kucing

Jepun dan kucing tidak dapat dipisahkan. Mereka lebih meminati kucing berbanding haiwan peliharaan lain, tidak hairanlah kemunculan kafe kucing amat popular.
Mereka yang kaki kucing, kunjungi kafe kucing di Jepun dan rasai pengalaman makan minum bersama mereka!

7. Kereta api spa

Pernah dengar atas kereta api ada spa? Di Jepun terdapat perkhidmatan spa dalam kereta api antara bandar. Berehat sambil menunggu untuk sampi ke destinasi, bunyi pun sudah cukup menenangkan jiwa.

6. Tisu percuma

Di Malaysia, tisu percuma hanya boleh didapati di kedai makan tetapi di Jepun, mereka mengagihkan tisu secara percuma di kaki lima!
Kepada mereka yang selalu selesema, silalah berhijrah ke Jepun!

5. Tandas pelbagai guna

Percaya atau tidak, tandas di Jepun menawarkan pelbagai servis?
Kalau anda sejuk, kerusi tandas anda mampu memanaskan punggung anda! Bagi yang kurang upaya, tandas di Jepun akan memudahkan anda!

4. Bubble wrap

Di Jepun, ada kedai yang menjual ‘bubble wrap’ khas bagi membantu menghilangkan stress!
Kalau di Malaysia, masa zaman kanak-kanak kita selalu main benda ini, tetapi di Jepun barang tersebut dijual khas bagi mengurangkan stress.

3. Pintu teksi automatik

Bagi memudahkan pelanggan teksi, anda tidak perlu membuka pintu atau menunggu pemandu membuka pintu untuk anda.
Percaya atau tidak, sistem tersebut diguna pakai bagi menggalakan kebersihan!

2. Kerusi pemegang beg

Di Malaysia, terutamanya kaum hawa, gemar menggantung beg di kerusi namun ia bergantung kepada bentuk kerusi tersebut.
Tetapi di Jepun, kebanyakkan kerusi di sana ada tempat khas untuk menggantung beg, jangan risau anda tidak akan diragut kerana di Jepun jenayah ragut hampir tidak berlaku!

1. Anda dibenarkan tidur di pejabat!

Ciri ini yang paling mengagumkan tentang Jepun. Sekiranya pekerja mendapat tidur yang cukup, ia secara langsung meningkatkan produktiviti.
Apa tunggu lagi? Kalau yang suka tidur di pejabat, cepat-cepat duduk Jepun. Dengan syarat, masuk kerja kena ikut waktu!

0 Response to "10 Perkara Unik Di Jepun Yang Buatkan Anda Terkejut!"

Post a Comment