sponsor

KLIK [X] 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close

Kenapa Stephen Chow Masih Belum Berkahwin?



Mendengar nama Stephen Chow, kita pasti akan teringat dua filem paling larisnya yang menguasai box office Hong Kong, Shaolin Soccer dan Kung Fu Hustle.
Stephen Chow seorang yang berjaya di dalam karier, tetapi kisah cintanya begitu tragis.
Jejaka yang lahir pada 22 Jun 1962, sudah lama berkarya di industri perfileman, baik sebagai pelakon, pengarah, penulis skrip, mahupun penerbit.
Chow juga kerap membintangi dan mengarahkan filem-filem komedi yang sangat berjaya. Selain dua filem di atas, Chow juga dikenali melalui filem CJ7, Justice, My Foot, The God of Cookery, Sixty Million Dollar Man, dan banyak lagi filem yang lain.
Ketika penonton filemnya sudah menginjak dewasa malah berkahwin dan berkeluarga, di usianya yang ke-55, Chow masih lagi membujang. Walaupun sudah tidak muda, khabarnya Chow tidak berminat untuk melangkah ke alam perkahwinan.
Apa sebabnya?
Setelah berkarier di dunia perfileman selama 30 tahun, Chow tidak pernah digosipkan dengan mana-mana wanita. Ketika baru mula menceburi industri hiburan, Chow menemui “cinta pertamanya” ketika berlakon filem The Final Combat.
Wanita tersebut adalah Jacqueline Law, salah seorang pelakon Hong Kong yang berbakat.
Namun, hubungan mereka berdua tidak ditegah oleh ibu Chow. Chow dibesarkan oleh ibunya seorang diri, dan kerana itu Chow berusaha untuk berbakti dan tidak berani melawan kata ibunya. Akhirnya, perjalanan cinta pertama Chow terkandas di situ.
Memilih di antara kekasih dan keluarga adalah sangat berat. Chow dikatakan sangat menderita ketika itu.
Ramai rakan-rakannya mengatakan kepada Chow supaya jangan bersedih. Kariernya sangat berjaya, penampilan fizikal turut menyokong, wanita mana yang tidak mahu menjadi pendamping hidupnya? Setelah Jacqueline, Chow bercinta lagi dengan beberapa orang pelakon, yang paling lama sehingga 13 tahun. Tapi sayang, Chow sama sekali tidak berminat untuk membawa hubungan tersebut sampai ke jinjang pelamin.
Dalam salah satu filem yang diarahkan oleh Chow, ada satu skrip berbunyi:
“Ia tidak boleh merelakan seseorang dalam hatinya.”
Ramai orang berkata skrip ini adalah kata hatinya sendiri, mungkin Chow benar-benar tidak dapat melepaskan Jacqueline dari lubuk hatinya.
Kita semua menonton Chow dari muda sampai dewasa seperti ketika ni, melihatnya tidak boleh mencari cinta sejatin benar-benar membuat peminatnya rasa sedih.
Ramai berkata, Chow buat banyak duit, tapi apa gunanya bila tidak bahagia? Ya, duit tidak boleh membeli kebahagian dan sebuah keluarga. Chow sendiri pernah berkata,
“Bila semuanya boleh diulang, saya mungkin tidak akan memilih untuk menjadi sesibuk ini.”
Kadang-kadang, kehidupan manusia memang tidak boleh berjalan mengikut kemahuan. Semoga Chow boleh mencari cinta sejatinya.
Sumber: Cerpen.co.id

0 Response to "Kenapa Stephen Chow Masih Belum Berkahwin?"

Post a Comment