sponsor

KLIK [X] 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close

Che Ta Pernah Hidup Susah, Gaji RM4,000 Tak Cukup


Pelakon Rozita Che Wan atau Che Ta akui pernah bekerja dengan sebuah syarikat swasta dengan gaji RM4,000.
Pun begitu, Che Ta berkata dia hanya bekerja dalam tempoh yang singkat sahaja kerana merasakan gajinya itu tidak cukup dan mengambil keputusan untuk berlakon.

“Selepas bercerai sebelum ini saya pernah bekerja dengan sebuah syarikat swasta. Ketika itu saya merasakan gaji RM4,000 terlalu kecil.
“Saya kemudian mendapat tawaran membuat iklan, makin lama rezeki saya dalam dunia modelling semakin murah dan saya dapati ia lebih lumayan daripada kerja makan gaji saya.
“Jadi saya berhenti sahaja kerja dengan syarikat itu. Selepas sahaja berhenti saya pun mendapat tawaran berlakon.
“Rupanya berlakon lebih berbaloi kerana kita tidak perlu kerja setiap hari tetapi saya terima bayaran lebih daripada apa yang tempat kerja saya bagi.
“Lagipun saya bekerja untuk menyara anak. Saya mencari rezeki untuk mereka, jadi saya mahu mereka selesa,” luah Che Ta dalam The House 3, lapor Astro Gempak.

0 Response to "Che Ta Pernah Hidup Susah, Gaji RM4,000 Tak Cukup"

Post a Comment