sponsor

KLIK [X] 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close

10 Budaya Orang Jepun Yang Pelancong Perlu Tahu

Ramai yang mengetahui bahawa negara Jepun mempunyai pelbagai budaya yang unik sama ada daripada cara hidup, adat istiadat, pantang larang dan sebagainya.
Perkara ini telah menjadi tradisi turun temurun daripada orang terdahulu dan dipertahankan serta diamalkan sehingga masyarakat terkini.

Ia seakan menjadi unspoken rules dan sewajarnya sebagai pelancong anda perlu mengetahui perkara-perkara ini supaya tidak berasa terkejut mahupun terasa janggal.

1. Tiada nombor 4


Boleh dikatakan di Jepun hampir kesemua masyarakatnya cuba mengelak daripada mempunyai kaitan dengan nombor 4. Ini kerana bunyi nombor 4 dalam bahasa Jepun seakan-akan sama dengan perkataan kematian.

2. Hembus hingus di khalayak ramai adalah kurang sopan



Sekiranya anda sedang selesema ketika melawat Jepun cuba elakkan daripada menghembuskan hingus ketika khalayak ramai kerana ia kurang sopan dan tidak digemari orang ramai.

3. Beri tip bermaksud menghina


Di negara barat mungkin budaya memberi tip kepada pelayan atau mereka yang memberi perkhidmatan adalah satu perkara yang baik.
Namun tidak di Jepun kerana ia seolah-olah merendahkan maruah orang yang menerima tip tersebut walaupun anda ikhlas untuk memberinya.

4. Makan sambil berjalan tidak sopan


Jika di Malaysia pun perkara ini adalah tidak sopan dan kelihatan selekeh. Seeloknya jika anda ingin menjamah makanan cari tempat duduk dan habiskan makanan tersebut.
Namun tidak mengapa sekiranya anda makan aiskrim sambil berjalan, ia sudah diterima oleh masyarakat di sana.

5. Ada orang akan tolak anda ke dalam kereta api yang padat


Satu ketika dahulu pernah viral video yang menunjukkan ada pekerja stesen kereta api yang akan menolak para penumpang untuk memasuki kereta api yang sudah padat.
Tugas tersebut diserahkan kepada Ohiya dan mereka akan pastikan para penumpang dapat menaiki kereta api.

6. Orang tidur dan lentuk kepala di bahu anda


Jangan terperanjat jika ketika anda menaiki kereta api ada penumpang lain tidur dan kepalanya terlentok pada bahu anda. Perkara tersebut adalah normal dan ia dikiranya bertolak ansur jika ada orang tidur di bahu anda.

7. Terdapat selipar tandas


Hampir mirip dengan apa yang disarankan dalam Islam dan budaya Melayu iaitu memakai selipar atau alas kaki jika ingin memasuki tandas.

8. Jangan lupa bawa buah tangan atau hadiah


Jika anda dijemput ke rumah sesiapa di Jepun usah lupa bawa sebarang hadiah atau buah tangan bagi menghargai tuan rumah.

9. Hirup mi tanda menikmati hidangan


Ketika anda sedang memakan mi atau ramen di Jepun cuba anda menghirup mi dengan bunyi yang kuat. Memang dengar seakan kurang sopan namun ia menandakan anda menikmati hidangan yang sedap.

10. Terdapat banyak hotel kapsul


Hotel kapsul merupakan penginapan yang murah di sana jadi tidak menghairankan terdapat banyak hotel serupa wujud di negara matahari terbit itu.
Bukan setakat pelancong yang menginap di hotel ini bahkan para pekerja yang kepenatan dan tidak larat pulang ke rumah juga akan menginap di hotel ini.

VIDEO: Vending Machine & Ais Kepal Di Jepun

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

0 Response to "10 Budaya Orang Jepun Yang Pelancong Perlu Tahu"

Post a Comment