DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor mempamerkan sifat terpuji baginda apabila berkenan bertemu dengan kanak-kanak kelainan upaya (OKU) Muhamad Erwan Shah Mohd Fazli, di Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos, Larkin, semalam.
Pertemuan tersebut bagi melengkapkan impian Muhamad Erwan yang cacat penglihatan, untuk bertemu baginda dan pemain JDT Safiq Rahim.
Bagi merealisasikan pertemuan di Johor Bahru yang lebih istimewa, segala kos perjalanan, tempat tinggal dan segala perkara yang berkaitan telah ditanggung sepenuhnya oleh TMJ.
Baginda berbuat demikian demi melunaskan impian anak kecil ini yang mahu menjejakkan kaki ke
bumi Johor dan merasai sendiri suasana kemeriahan di Stadium Larkin.
Selain meluangkan masa bersama Muhamad Erwan yang tampak begitu gembira, TMJ turut meluangkan masa melayan penyokong OKU lain tanpa kekok sekaligus mencetus pujian dalam kalangan netizen. –SAYANG.NET
0 Response to "TMJ Tunai Impian Kanak-Kanak Buta Di Stadium Larkin"
Post a Comment