Sebelum ini pelakon Emma Maembong mengeluarkan kenyataan yang meminta agar peminat mendoakan yang terbaik buat hubungan beliau dan Kamal Adli telah mengundang pelbagai spekulasi.
Ia seakan menunjukkan hubungan mereka berdua ini sedang retak apabila Emma pada masa yang sama berkata beliau akan berbincang tentang hala tuju percintaannya dengan Kamal.
Terbaru, tiba-tiba nama pelakon Nur Fathia Latiff dikaitkan sebagai punca keretakan hubungan Kamal dan Emma.
Dakwaan berkenaan timbul apabila Fathia dan Kamal baru-baru ini menjalani penggambaran drama di Barcelona, Sepanyol.
Walaubagaimanapun, Fathia dengan tegasnya menafikan khabar angin berkenaan.
Kalau benarlah dakwaan tersebut wujud, bagi saya itu hanya khabar angin. Kami hanya berlakon bersama, kena profesional.
Lagipun sebagai pelakon, Emma atau sesiapapun perlu bersikap profesional.
Dulu pun dia ada berlakon bersama Aiman, saya tidak pernah cemburu apa pun. Malah sebagai pelakon kita akan berlakon bersama ramai artis lelaki.
Saya rasa ini hanyalah gosip yang tidak munasabah. Sengaja dicipta orang .
Rasanya isu ini memang sengaja dicetuskan oleh sesetengah pihak. Kamal sebelum ini ada memberitahu apa yang terjadi antara beliau dan Emma berpunca daripada diri beliau sendiri dan bukannya orang ketiga.
Apa-apa pun, harapnya hubungan Kamal dan Emma masih boleh diselamatkan.
0 Response to "TAK TAHAN DI TUDUH ORANG KETIGA!!! AKHIRNYA FATHIA TAMPIL DEDAH HUBUNGAN SEBENAR BELIAU DENGAN KAMAL ADLI...KALAU TAK ADA ANGIN,MASAKAN POKOK BERGOYANG... SEMOGA TABAH EMMA MAEMBONG....."
Post a Comment