sponsor

KLIK [X] 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close

SAYA TIADA NIAT MEMALUKAN SUAMI SAYA:DIANA RAFAR




KUALA LUMPUR - Selepas beberapa bulan rujuk semula dengan suami, pelak0n dan penyanyi Diana Rafar, 33, berdepan dugaan baru apabila dia dikecam pengikut di Instagram gara-gara tindakannya menegur h0bi suami yang juga pelak0n Zamarul Hisyam, 44, mengumpul koleksi r0k0k elektr0nik.


Diana turut dikatakan sengaja mengaibkan suaminya di laman sosial menerusi keterangan gambar dimuat naik beberapa hari lalu itu.


Diana ketika dihubungi berkata, dia tiada niat langsung untuk memalukan suami sebaliknya ia hanya sekadar gurauan.


  “Takkan saya nak aibkannya kerana minatnya itu. Saya masih waras untuk bertindak sedemikian.
  
“Jika baca dan teliti ayat itu, saya sekadar meminta pandangan. Tak ada satu pun perkataan merendahkan martabatnya sebagai suami. Lagipun, jika anda mengikuti Instagram Zamarul, dia selalu bergurau dengan keterangan sama,” katanya.


Pelakon filem Susuk ini menegaskan perkara terbabit sengaja diperbesarkan segelintir pihak.

  “Suami tak cakap apapun apabila saya muat naik gambar berkenaan. Pada saya, hanya mereka yang tak cerdik saja akan jadikan ia isu.
  
“Peminat yang faham perkara itu sekadar gurauan, mereka pandang dari sudut p0sitif,” katanya.

Menurut Diana, perkara itu tidak memberi kesan kepada mereka.

  “Pada mulanya, terkejut juga apabila kebanyakan k0men berbaur negatif. Tak sangka orang kita terlalu prihatin sedangkan apa saya buat itu bukan untuk mencuri perhatian atau mencari publisiti murahan.

  “Saya berani katakan, tidak ada salahnya perkara berkenaan. Ia perkara biasa bagi saya dan suami,” katanya.

0 Response to "SAYA TIADA NIAT MEMALUKAN SUAMI SAYA:DIANA RAFAR"

Post a Comment