#“Perempuan mesti cemburu.” Demikian kata Hanis Zalikha yang dalam jangkamasa dua hari lagi, genap sebulan menjadi isteri kepada Hairul Azreen.
#Apakah Hairul telah melakukan sesuatu sehingga menimbulkan rasa cemburu di hati Hanis?
#Sebenarnya komen Hanis itu merujuk kepada pertanyaan sama ada dia cemburu jika suaminya itu terlibat dengan babak yang memerlukannya bersentuhan atau berpegangan tangan dengan aktres lain di hadapan kamera.
#Hanis yang ditemui Mangga Online pada malam semalam mengakui sebagai seorang wanita, pastinya dia mempunyai perasaan cemburu sekiranya suami sendiri dilihat mesra dengan wanita lain, meskipun ia sekadar sebuah lakonan.
#“Bagaimanapun setakat ini, saya tengok dia pandai menjaga dirinya sendiri.
#“Selama saya mengenalinya, Hairul tidak buat benda-benda macam itu.
#“Lagipun, saya terima Hairul sebagai seorang pelakon dan saya memahami tugasnya sebagai pelakon,” ujar Hanis yang ditemui di majlis sambutan Ramadan bersama produk Safi yang diadakan di Hotel The Royale Chulan, Mutiara Damansara, Selangor.
#Hanis adalah duta kepada produk Safi Balqis. Turut hadir pada majlis itu ialah Nora Danish yang merupakan duta kepada produk Safi Rania Gold.
#Seronok Berkahwin
#Sementara itu, bercerita tentang kehidupannya semenjak menjadi seorang isteri, Hanis akui seronok dengan senario barunya ini.
#“Seronok kerana saya rasa hidup saya lebih terisi. Sekarang banyak benda, saya lakukan bersama suami.
#“Dulu, solat bersendirian, sekarang saya bersolat jemaah bersama suami.
#“Elok tidak lama selepas kahwin, masuk bulan puasa. Jadi saya dapat berpuasa, berbuka dan bersolat terawih dan bersahur bersama suami,” cerita Hanis.
#Satu lagi tanggungjawab sebagai isteri yang membuatkan Hanis merasa senang ialah memasak juadah berbuka serta bersahur buat suami tersayang.
#“Dulu, Mama saya yang menyediakan makanan untuk saya. Semenjak berkahwin, saya memasak sendiri. Kebetulan, Hairul tidak cerewet, dia sukakan lauk-pauk kering jadi saya belajar memasak lauk kering macam Butter Chicken,” kata Hanis yang masih tinggal di kediaman ibu bapanya bersama Hairul.
#Mereka merancang berpindah ke kondominium mereka sendiri selepas hari raya nanti memandangkan ketika ini ia masih dalam peringkat pengubahsuaian.
#Menyentuh tentang kerjaya seninya pula, Hanis berkata yang dia belum mahu menjadi suri rumah sepenuh masa.
#Cuma ketika ini, dia masih bercuti panjang semenjak dari tempoh majlis perkahwinannya pada awal bulan lalu dan ia bersambung sehingga selepas hari raya nanti.
Mangga Online
0 Response to ""Perempuan MANA Yang Tak Cemburu" Luahan HANIS Zalikha"
Post a Comment