Jika sebelum ni kecoh dengan gosip pelakon popular dikatakan meminta bayaran jika mahu hadiri sidang media yg diadakan. Namun, pelakon popular tersebut, Siti Saleha Nafi Minta Bayaran Hadiri Sidang Media.
Terbaru, Setelah hubungan cintanya dengan jejaka dari negara Eropah berakhir tahun lalu, pelakon Siti Saleha akui dia kini sedang mengenali hati budi seseorang yang baru dikenalinya.
“Saya baru sahaja mengenali seseorang jejaka ini, namun saya rasa terlalu awal untuk bercerita lanjut mengenainya.“Cuma saya boleh kata saya rasa senang dan selesa dengannya kerana personalitinya yang sangat kelakar dan menghiburkan,” katanya kepada murai.
Disebabkan baru sahaja mengenali lelaki itu, Siti Saleha tidak mahu terburu-buru untuk membawa jejaka yang bertuah itu berjumpa keluarganya kerana menganggapnya masih terlalu awal.
“Saya hanya akan bawa jika kami sudah lama berkawan dan berkenalan sekurang-kurangnya apabila hubungan kami mencecah usia setahun atau lebih,” ceritanya.
Biasalah kan yang payah tumbuh hilang berganti orang kata. Nak-nak artis yang popular dan cantik mestilah ramai yang berebut. Tak gitu? Penulis doakan semoga hubungan yang baru dibina ini akan berkekalan hingga ke jinjang pelamin.
0 Response to "Pengakuan Siti Saleha Sudah Temui Pengganti"
Post a Comment