DALAM pada itu, berkongsi mengenai majlis pertunangannya yang berlangsung 6 Disember lalu, Tauke berkata, antara sebab dia memilih untuk mengikat tali pertunangan adalah kerana amanaH arwah ibu, bapa dan Pak Yus sendiri.
Jelasnya, sejak berkawan dengan tunangnya yang dikenali dengan nama Nadia, Pak Yus beberapa kali meminta dia untuk melangsungkan perkahwinan secepat mungkin.
“Antara sebab utama saya mengikat tali pertunangan dan seterusnya mendirikan rumah tangga selepas ini adalah kerana sudah tiba masanya saya memikirkan masa depan. Bukan bermaksud saya tak pernah fikirkan masa depan sebelum ini.
“Selain itu, ia juga adalah amanat daripada arwah ibu bapa saya yang mahu saya memiliki sebuah keluarga sempurna dan amanat daripada arwah Pak Yus sendiri yang minta saya untuk cepat-cepat berkahwin," katanya.
Tauke berkata, agak sebak apabila Pak Yus pernah memberitahu tidak dapat hadir pada hari pentingnya itu.
“Saya sebenarnya sudah lama merancang untuk melangsungkan pertunangan ini tetapi baru sekarang dapat dilaksanakan kerana sibuk dengan kerjaya.
“Mula-mula kami rancang untuk adakan majlis pada 29 November sebelum ditukar pada 5 Disember dan saya ada beritahu Pak Yus untuk datang.
"Tapi Pak Yus kata dia tak dapat datang pada tarikh berkenaan dan kini barulah saya tahu kenapa dia tak datang,” katanya.
Dalam pada itu, Tauke berkata, mengikut perancangan dia dan Nadia bakal disatukan sebagai suami isteri pada Disember tahun hadapan.
Bagaimanapun tiada tarikh ditetapkan pada majlis pertunangan itu, namun berharap dapat disatukan segera dengan wanita berkenaan.
“Bertunang selama setahun tetapi lagi cepat disatukan lebih baik. “Insya-ALLA H jika sudah ada tarikh saya akan beritahu,” katanya.
0 Response to "Naaahhh.....ALHAMDULILLAH TAUKE JAMBU LEGA DAPAT TUNAIKAN HASRAT TERAKHIR PAK YUS SETELAH......."
Post a Comment