Hampir Dilanggar Oleh Kereta Myvi. Kami TERKEJUT Apabila Pemandu Tu Buka Tingkap Dan…... Pagi tu agak kelam kabut sedikit. Lepas hantar Khalishah ke sekolah, kena siapkan Ghazi pula untuk dihantar ke Little Caliph. Jam menunjukkan 810 pagi. Faham-faham la camna nak uruskan budak kecil 3 tahun ni. Dia punya liat nak bangun tidur tu kan. Bila dah siap semua, on the way nak pi kat kereta, kami terkejut.
Mana taknya, tiba-tiba datang sebuah kereta Myvi memandu laju datang ke arah kami semasa hendak melintas jalan. Cepat-cepat saya tarik tangan Ghazi ke belakang. Kata nak sedapkan hati “ada emergency kot”. Tapi yang peliknya dia boleh berhentikan keretanya depan kami. Pemandu kereta tu merupakan seorang perempuan. Dia pun turunkan cermin tingkap keretanya dan tanya saya,
“Akak nak try tak just kurma K** untuk anak akak ***…?”
Tergamam kejap saya. Ingatkan dia nak minta maaf sebab pandu laju tadi. Tapi rupa-rupanya cuba nak MENJUAL JUS KURMA dengan saya. Hati panas tadi belum sejuk lagi. So saya pun jawab “Err takpela kak..” (Rejection yang paling sopan terkeluar dari mulut saya).
Nampaknya akak tu masih tak mengalah. Dia sambung cakap lagi “Jus kurma ni bagus untuk anak akak, ada air zam-zam dalamnya…”
Lagi sekali saya terkejut. Kali ni sedikit respek dengan usaha dia ni. Dalam hati saya berkata wowww ini sangat bagus.. 5x attempt !!! (Dalam nak close deal kita mmg kena cuba byk kali utk close).
Saya pun jawab “Eh takpe2 saya dah lewat nak hantar anak sekolah”. Lepas tu akak tu pun berlalu pergi. Fuh lega saya. Tapi kalau saya jumpa lagi akak ni saya nak ajar dia teknik yang betul utk close deal. Saya rasa mungkin pagi tadi dia kena ‘bakar’ dengan closing rakan2 dalam team dia. Mungkin. Tu lain macam je aura semangat dia tu. Pandu laju. Sempat Nak Menjual. Sedikit lucu bila ingat kembali.
Anyway, alang-alang dah tersentuh topik “close deal”, saya nak share tips yang saya pelajari selama saya dalam industri unit amanah. Saya rasa industri lain pun mungkin pakai tips yang sama atau lebih kurang.
Tipsnya adalah:
1. Rapport – tanya dulu kabar, tinggal kat mana, anak berapa, kerja apa dsb (ingat formula FORM- family, organization, recreation/hobby,MONEY).
2. Buat need analysis – tanya kat mana simpan duit, pulangan tahunan berapa, ada target utk dapat berapa bila dah pencen atau bila anak nak masuk kolej
3. Summarize on need – buat balik summary utk prospect @ client tentang need analysis yg tanya tadi (cth: jadi skrg ni jumlah simpanan encik ada 500k- 400k simpan di unit trust, 70k simpan di tabung haji, 30k di asb)
4. Promote diri dan syarikat – kekadang step ni kite lupa atau segan nak cerita sbb takut orang kata kita berlagak TAPi jangan pulak over pulak cerita pasal diri kita sehingga menjanjikan bintang dan langit
5. Uncover issue & provide solution – kena tanya apa masalah dia skrg dan bg jalan penyelesaian
6. Ask for order – bila dah nampak buying signal (cth dia tny brp nak kena bayar, macamane prosedur) boleh trus mintak cheque dan dokumen berkaitan
Kalau rasa bermanfaat. Boleh share kat kawan-kawan lain.
0 Response to "Hampir Dilanggar Oleh Kereta Myvi. Kami TERKEJUT Apabila Pemandu Tu Buka Tingkap Dan….."
Post a Comment