Usahawan perniagaan tudung iaitu Hanis Arif terkejut apabila dikaitkan sebagai orang ketiga dan punca perpisahan pasangan selebriti Fattah Amin dan Sherry Ibrahim.
Pengasas Tudung Ruffle berusia 26 tahun itu berkata, dia bukan punca perpisahan pasangan berkenaan dan dia tidak pernah mempunyai sebarang hubungan istimewa dengan aktorHello Mr Perfect itu walaupun mereka saling kenal mengenali.
"Saya terkejut apabila dikaitkan sebagai punca mereka berpisah, saya mengenali Fattah sejak tiga tahun lalu sebagai rakan biasa sahaja dan tiada hubungan istimewa.
"Mungkin orang nampak kami berjumpa minggu lalu, namun ia atas urusan kerja kerana Fattah minta saya bantu dia menjayakan sebuah program berkaitan fesyen muslimah terbitan A. Aida Production.
"Kami berjumpa pada pukul 11 malam di sebuah kedai mamak di Subang kerana itu sahaja masa yang ada, bukanlah pukul 1 pagi seperti yang diperkatakan pemilik media sosial,"
Hanis Arif nafi ada hubungan istimewa dengan Fattah Amin
Hanis dituduh sebagai orang ketiga punca perpisahan antara pelakon Sherry Ibrahim dan Fattah Amin.
Wanita itu juga merupakan selebriti Instagram yang kini memiliki sebanyak 188,000 pengikut di laman sosial itu.
Bagaimanapun, Hanis berkata, dia tidak berhubung dengan Fattah selepas pertemuan mereka minggu lalu.
"Saya melihat kisah ini agak kelakar, mungkin saya wanita terakhir yang orang nampak bersama Fattah sebelum dia mengumumkan putus cinta itu.
Beberapa peminatnya meluahkan rasa marah di terhadap Hanis di instagram Sherry.
"Sebenarnya, selepas kami berjumpa minggu lalu kami belum ada berhubung sehingga sekarang," ujarnya.
Selain itu, Hanis mengakui menerima banyak mesej peribadi di laman sosial yang menuduh dia cuba mengganggu hubungan pasangan tersebut namun dia tidak melayan mesej-mesej berkenaan.
"Saya dapat banyak mesej peribadi di Instagram sejak minggu lalu daripada peminat-peminat mereka berdua yang nampak saya dan Fattah bertemu.
"Ramai hantar mesej yang marah dan sangka saya cuba menganggu hubungan pasangan itu, walhal saya pun tidak tahu mereka bermasalah.
"Tapi saya malas nak layan sebab ia tidak betul," ujarnya.
Sherry difahamkan kini berada di luar negara dan minta diberi ruang untuk menenangkan diri.
Sementara itu, Sherry menerusi laman sosial Instagram miliknya pada pagi Rabu memberitahu akan menjelaskan perkara itu tidak lama lagi.
Sherry atau nama sebenarnya Syarizad Ibrahim, 33, turut meminta diberi masa dan ruang untuk dia bersendirian dan diberikan kekuatan semula.
"Saya minta jasa baik semua agar memberi saya masa dan akan beri kenyataan jika sudah bersedia nanti. Ia bukan pertama kali dan bukan sesuatu yang mudah kerana ia melibatkan perasaan cinta, sayang dan kasih.
"Yer, semua yang berlaku pasti ada hikmahnya, mungkin dengan segala kesabaran dan keikhlasan Allah akan berlaku adil dan tahu hambanya kuat untuk melalui ujian yang diberi," tulisnya.
0 Response to "Dah Agak Dah,,,Rupanya Ini Punca Sebenar Hubungan FATTAH AMIN DAN SHERRY IBRAHIM BERAKHIR..."
Post a Comment