Menurut Hans, dia tidak mahu menyusahkan mana-mana pihak dalam menguruskan hal peribadinya.
"Persiapan telah pun 70 peratus siap dan semuanya menggunakan duit saya sendiri tanpa sebarang tajaan.
"Boleh dikatakan saya berbelanja agak mewah untuk majlis kahwin ini kerana ia merupakan masa yang paling dinantikan dalam hidup saya.
"Selama ini saya sudah bekera keras untuk semua ini, jadi saya tidak kisah jika perlu berbelanja banyak.
"Jadi, apa juga yang keluarga ingin lakukan saya setuju sahaja," katanya kepada Astro Gempak.
Hans ditemui pada Majlis Tayangan Program Raya Astro 2017, di Hotel Majestic, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Bagaimanapun majlis perkahwinannya yang sepatutnya berlangsung pada 29 Julai ini telah ditunda kepada satu tarikh lain atas sebab-sebab tertentu.
Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi
Mainkan Agen Resmi Piala Dunia Rusia 2018 hanya di ID303, mainkan piala dunianya
ReplyDelete