Saya dipukul dengan kayu belati, ditendang - Duta Besar
KUALA LUMPUR: "Saya dipukul dengan kayu belati, ditendang dan mereka hampir menikam perut saya," kata Duta Besar Malaysia ke Chile, Datuk Dr Mohamad Rameez
Yahaya, menceritakan saat getir dialaminya ketika kediaman rasminya di Las Condes, Santiago, dipecah masuk pada Isnin. Mohamad Rameez, 48, berkata keluarganya
mengalami trauma yang melampau akibat kejadian itu termasuk isterinya yang terpaksa mendapatkan bantuan perubatan kerana hampir mengalami serangan jantung akibat
kesukaran bernafas. "Isteri saya diugut, mulut, tangan dan kakinya diikat dan ditiarapkan. Sangat menyedihkan apabila tangan dan kaki anak-anak saya juga diikat kecuali anak lelaki
sulung. "Lima anak saya tidur bersama saya dan isteri pada hari kejadian di bilik utama. Perompak cuba mengumpil bilik anak lelaki saya berumur 14 tahun yang tidur di bilik atas
tetapi tidak berjaya. "Badan saya masih sakit-sakit dan lemah akibat dipukul. Pada masa kejadian berlaku saya berfikir kalau mati, matilah," katanya dalam keadaan sebak ketika
dihubungi BERNAMA. Beliau berkata akibat daripada kejadian itu, kedua orang anak kecilnya mengalami demam panas dan beliau sendiri terpaksa dimasukkan ke hospital
selama tiga jam. Bagaimanapun, Mohamad Rameez bersyukur anggota keluarganya selamat. "Telefon yang diguna pada masa ini dijumpai pihak polis di kawasan sekolah
berhampiran kediaman saya," katanya. Beliau berkata setakat ini tiada tangkapan dibuat berhubung kejadian itu. Mohamad Rameez memaklumkan beliau akan pulang ke Malaysia
minggu depan selama empat hari dan akan bertemu Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman. Beliau berkata perompak berkenaan melarikan wang, barangan berharga termasuk barang
kemas yang bernilai antara RM60,000 hingga RM100,000. "Barangan peribadi yang hilang termasuk beg tangan, jam tangan, cincin perkahwinannya dan barang kemas pemberian arwah ibu," katanya. - BERNAMA
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/
Mainkan Agen Resmi Piala Dunia Rusia 2018 hanya di ID303, mainkan piala dunianya
ReplyDelete