Amir atau nama sebenarnya, Mohammad Amirullah Azmi atau Amir, 29, berkata perkara tersebut lumrah orang berniaga dan dia percaya pada rezeki.
"Sebagai seorang usahawan, perniagaan tidak menjadi adalah perkara biasa kerana bukan semua perniagaan dilakukan akan berjaya serta-merta.
"Saya anggap kegagalan dalam perniagaan sebelum ini bukan sebagai rezeki saya dan ia tidak sesekali mematahkan semangat saya untuk terus mencari peluang baru.
"Saya juga masih belajar cara untuk memajukan perniagaan dan memperbaiki kelemahan yang dilakukan sebelum ini," katanya kepada Astro Gempak.
Amir berkata demikian ketika ditemui pada sesi penggambaran program Sukan Ke Laut, di Sports Affairs, Cheras, baru-baru ini.
Tambah Amir, sepanjang Ramadan ini dia menjalankan perniagaan baru dengan menjual air jagung di bazar.
"Daripada menjual sabun dan roti bakar saya kini telah beralih kepada perniagaan menjual air jagung di bazar Ramadan Bandar Mahkota Cheras.
"Saya berharap perniagaan baru ini akan membuahkan hasil yang lebih kepada saya," ujarnya.
Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi
0 Response to "Mahu Jadi Usahawan, Amir Raja Lawak Tak Putus Asa Berniaga Walaupun Pernah Gagal"
Post a Comment