Foto Budak Lelaki Pegang Handbag, Jadikan Lengan Sebagai 'Bantal' Untuk Selesakan Ibu Tertidur Sentuh Hati Netizen
Satu foto yang merakamkan seorang budak lelaki membiarkan sahaja ibunya menggunakan lengannya sebagai 'bantal' dan memegang beg tangan ketika sedang berada di dalam keretapi menyentuh hati netizen.
Foto yang dirakamkan di Chengdu Metro Line 2 itu memaparkan kanak-kanak itu sedang bersandar di tiang dengan sebelah lengannya bertindak sebagai bantal bagi menyokong kepala si ibu yang sedang tidur.
Salah seorang penumpang lain komuter berkenaan menyaksikan kejadian tersebut dan berkata pada mulanya kanak-kanak terbabit duduk di sebelah ibunya, namun dia menawarkan tempat duduknya kepada seorang wanita yang membawa stroller bayi.
Foto berkenaan menjadi viral di Weibo dan meraih lebih 180,000 likes serta 18,000 komen. Kebanyakan netizen berkata mereka berharap agar mendapat anak seperti itu suatu hari nanti manakala ada yang lain berharap agar budak lelaki itu berkahwin dengan anak mereka.
"Tolong saya cari dimana ibu bapa budak ini. Saya mahu dia berkahwin dengan anak perempuan saya," tulis seorang pengguna Weibo.
Sumber: shanghaiist.com/
0 Response to "Foto Budak Lelaki Pegang Handbag, Jadikan Lengan Sebagai 'Bantal' Untuk Selesakan Ibu Tertidur Sentuh Hati Netizen"
Post a Comment