“Saya sudah tidak berlakon semenjak saya hamil anak pertama lagi lebih kurang tiga tahun lalu.
“Bukan saya tidak mahu berlakon tetapi selepas bersalin anak sulung tu, saya ambil masa yang lama untuk cerai susu badan.
“Sukar untuk meninggalkan anak-anak membuatkan saya banyak menumpukan perhatian kepada keluarga.
“Berlakon perlukan komitmen yang tinggi iaitu perlu berada di set hampir setiap masa dan masa juga tidak menentu, kadang kala terpaksa keluar lokasi.
“Jadi kerana tidak mahu menyusahkan ramai pihak, lebih baik saya menolak tawaran berlakon.
“Lagipun anak-anak saya masih kecil dan perlukan lebih perhatian,” katanya kepada Astro Gempak.
Diana berkahwin dengan seorang pensyarah universiti, Mohd Habib Bullah A.Rahman pada Oktober 2013.
Mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu, Khawlah Al Azwar, 2, dan Khawlah Khadija empat bulan.
Pun begitu, Diana memberitahu dia kini aktif dalam bidang pengacaraan dan akui sudah mula jauh cinta dengan kerjaya tersebut.
“Saya rasa kerjaya yang sesuai untuk saya sekarang adalah mengacara.
“Saya seronok mengacara kerana saya boleh habiskan kerja atau rakaman dalam masa satu hari sahaja dan kadang-kadang tidak sampai ke malam.
“Jika perlu saya keluar lokasi pun saya boleh bawa anak bersama-sama,” katanya lagi.
Diana mengacarakan program siaran langsung Bismillah Ad Duha bersama Yana Samsudin setiap Khamis hingga Sabtu jam 9 hingga 11 pagi di Astro Oasis (saluran 106) dan Maya HD (saluran 135).
Teks oleh: Syafiqah Jalal
0 Response to "Demi Anak, Diana Amir Korban Dunia Lakonan"
Post a Comment