sponsor

KLIK [X] 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close

Alif Satar Puas Dapat Masak Untuk Isteri Di Bulan Ramadan

Alif Satar Puas Dapat Masak Untuk Isteri Di Bulan Ramadan
Penyanyi dan pelakon, Alif Satar akui berasa puas apabila dapat memasak untuk isterinya, Shadila sepanjang Ramadan ini.

Alif atau nama sebenarnya Muhammad Alif Mohd Satar, 27, berkata dia akan mengambil kesempatan bercuti di bulan puasa ini untuk meluangkan lebih masa bersama keluarga. 

"Setiap tahun, saya memang akan mengambil cuti selema sebulan khas untuk bulan Ramadan.

"Bagi saya Ramadan adalah bulan untuk saya berehat daripada sebarang aktiviti seni dan meluangkan masa dengan keluarga.

"Jadi saya suka memasak dan bulan puasa ni la masa untuk saya lepaskan gian saya hendak memasak.

"Saya puas dapat masak lauk-pauk seperti kari, asam pedas untuk isteri saya kerana sudah lama saya tidak dapat berbuat demikian," katanya kepada Astro Gempak.

Selain, meluangkan lebih banyak masa bersama keluarga, Alif memberitahu dia mahu memperbanyakan amal ibadah. 

"Saya tidak mahu mengambil apa-apa aktiviti seni salah satunya tidak mahu melepaskan peluang untuk memperbanyakan amal ibadah di bulan mulia ini.

"Saya takut bila dah kerja nanti saya terlepas untuk menunaikan ibadah solat dan sebagainya.

"Seronok sebenarnya dapat bercuti selepas hampir setahun sibuk bekerja," katanya lagi.

Teks oleh: Syafiqah Jalal

1 Response to "Alif Satar Puas Dapat Masak Untuk Isteri Di Bulan Ramadan"

  1. Mainkan Agen Resmi Piala Dunia Rusia 2018 hanya di ID303, mainkan piala dunianya

    ReplyDelete