Sekali pandang, ia cuma kelihatan seperti lubang arnab biasa. Disebabkan itu, ramai yang tidak tahu terdapat rangkaian ke gua rahsia Knight Tempar yang berusia 700 tahun di dalamnya.
Difahamkan, lokasi tempat ini adalah di Shropshire, England tetapi tidak didedahkan kawasan yang jelas.
Lubang arnah terbabit membawa kepada gua terbabit - yang digunakan oleh pengikut Knight Templar satu ketika dahulu.
Gua itu tersembunyi kurang satu meter dibawah sebuah ladang pertanian.
Jurugambar, Michael Scott dari Birmigham, memulakan misi pencarian kawasan itu selepas melihat satu video di internet.
Lelaki berusia 33 tahun itu berkata: "Saya melalui satu perjalanan meletihkan untuk menjumpainya, tetapi jika anda tidak tahu ia ada dikawasan itu, mungkin anda tidak akan perasan.
"Mengambil kira berapa lama ia sudah wujud, ia masih dalam keadaan yang amat menakjubkan. Rasanya seperti kuil bawah tanah.
Michael juga menambah, keadaan gua itu agak sempit - jadi mereka yang berketinggian hampir enam kaki harus membongkok untuk masuk.
Katanya: "Saya terpaksa merangkak untuk kebawah dan apabila sudah masuk, keadaan menjadi sangat sunyi. Terdapat beberapa ekor labah-labah dalam tu. Jika hujan, terowong untuk masuk agak licin tetapi di dalam gua itu kering."
Gua tersebut dibentuk dengan begitu baik. |
Cara untuk masuk ke dalam adalah dengan merangkak masuk ke dalam lubang arnab tersebut. |
Sumber: Metro.co.uk
0 Response to "Lubang Arnab Bawa Kepada Rangkaian Gua Rahsia Knight Templar Yang Berusia 700 Tahun"
Post a Comment