Jimmy merupakan seorang mekanik kereta yang mahir. Namun, bengkelnya jarang dikunjungi pelanggan lantas dia nekad untuk mencari pekerjaan baru.
Namun, ketakutan Jimmy untuk pergi ke mana-mana temu duga lebih besar berbanding keperluannya untuk mencari kerja baru.
Jimmy mengumpulkan seluruh kekuatannya dan nekad untuk memohon pekerjaan baru. Apabila dia dipanggil untuk menghadiri sesi temu duga, dia mengenakan baju kemeja putih dan seluar slack untuk sesi tersebut.
Malah, Jimmy juga bertolak seawal jam 8.30 pagi untuk sesi temu duga pada jam 10.00 hari tersebut.
Sedang Jimmy menunggu di perhentian bas, dia terpandangkan susuk tubuh orang tua yang menghadapi masalah dengan keretanya.
Melihatkan kejadian itu, Jimmy segera menghulurkan bantuan. Jimmy juga sempat menceritakan kisahnya yang dalam perjalanan untuk ke tempat temuduganya.
Memandangkan kereta tersebut mengambil masa agak lama untuk dibaiki, Jimmy sedar yang dia tidak akan sempat untuk ke sesi temuduga tersebut.
Usai siap kerja-kerja membaiki, orang tua itu menghulurkan sedikit bayaran untuk Jimmy namun ditolaknya memandangkan Jimmy ikhlas untuk membantu.
Jadi, orang tua itu memutuskan untuk menghantarkan Jimmy ke tempat temuduganya. Jimmy menolak sebelum akhirnya bersetuju melihat kesungguhan orang tua tersebut.
Sesampainya Jimmy di tempat temuduga, dia mendapati bahawa panel yang bakal menemuduga mereka itu lambat dan sesi tersebut masih belum bermula.
Jimmy sedikit lega namun melihatkan keadaan dirinya yang kotor dan berbau minyak berbanding calon-calon yang lain melemahkan semangatnya.
Satu persatu calon keluar dari bilik tersebut dengan wajah muram. Kini tiba giliran Jimmy.
Ketika dia menunggu penemuduga, terdapat secawan kopi dan nota bertulis, “Adakah kamu betul-betul mahu ditemuduga?”
Kekecewaanya semakin menjadi-jadi apabila melihatkan nota tersebut. Namun, apabila penemuduga tersebut datang, Jimmy menjadi kaget kerana rupa-rupanya ia adalah orang tua yang ditolongnya tadi.
Lelaki tersebut merupakan General Manager syarikat tersebut dan terus mengambil Jimmy bekerja. Kata orang tua itu,
“Maaf kerana buat anda menunggu, tapi saya pasti andalah pekerja yang kami cari. Saya yakin anda seorang yang boleh dipercayai. Tahniah!”
Benarlah kata orang, apabila anda membuat satu kebaikan, anda akan beroleh kembali sepuluh kebaikan. Ayuhlah mula menyebarkan kebaikan!
0 Response to "Terlewat ke temuduga kerana membantu seorang lelaki tua telah mengubah kehidupan anak muda ini"
Post a Comment