Dia mungkin belum mencapai usia untuk mengambil PT3 (kalau di Malaysia) tetapi Yasha Ashley, 14, sudah diambil bekerja di Universiti Leicester untuk membantu pelajar-pelajar di sana dalam matapelajaran berkaitan matematik.
Dalam masa sama, dia juga merupakan pelajar ijazah sarjana muda di universiti sama.
Jika sebelum ini dia merupakan pelajar termuda di universiti itu, hari ini dia menjadi pekerja paling muda yang pernah dimiliki universiti tersebut.
Yasha ditemuduga dan ditawarkan kerja berkenaan ketika dia berusia 13 tahun - ketika dia berjaya menewaskan peserta-peserta lain yang turut sama memohon kerja tersebut.
Kerja Yasha mudah sahaja, iaitu dengan membantu orang-orang dewasa menyelesaikan masalah-masalah matematik yang dihadapi selepas sesi kuliah.
"Ini adalah masa yang paling manis dalam hidup saya. Saya suka pergi ke universiti dan saya suka kerja baru saya membantu pelajar lain.
"Tidak perlu lagi pakai uniform sekolah, jadi terima kasih banyak-banyak." kata Yasha.
Yasha, pelajar genius matematik turut digelar 'manusia kalkulator'. Dia kini dalam tahun akhirnya dan sudah merancang untuk membuat Phd.
Selepas tamat tahun 6 di sekolah rendah, dia terus menyambung belajar di universiti.
"Saya sukakan matematik kerana ia adalah sains yang 'betul-betul sains'. Ia satu-satunya sains yang anda boleh buktikan apa yang anda kata betul.
"Ia juga sangat mudah dan menarik untuk dipelajari." kata Yasha.
0 Response to "Pelajar Muslim 14 Tahun Diambil Jadi Pekerja Paling Muda di Universiti Leicester Untuk Ajar Matematik, Digelar 'Kalkulator Manusia"
Post a Comment