sponsor

KLIK [X] 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close

"Jadilah Gentleman, Bertanggungjawablah..." - Kartina Dedah Perangai Riezman Khuzaimi



Pasangan pelakon Kartina Ayoob dan Riezman Khuzaimi telahpun bercerai.

Baru-baru ini, Kartina Ayoob tampil membuat kenyataan meluahkan rasa kesal kerana Riezman gagal melangsaikan hutang dan membayar nafkah anak-anak serta iddah kepadanya.

Riezman dikatakan mengabaikan tanggungjawab sebagai bapa kepada anak-anak mereka, iaitu:
-Afiq Kiraman, 14 tahun.
-Ruzain Nars, 9 tahun.

Kartina memberitahu, dia membuka cerita ini bukanlah hendak memburuk-burukkan nama bekas suami, sebaliknya hanya mahu Riezman lebih bertanggungjawab dan tidak lepas tangan.

Ini kenyataan dari Kartina:

“Sejak dari awal perkahwinan kami pada 2001, Riezman tidak pernah memberi sebarang nafkah kepada saya sebagai isterinya. Apatah lagi duit perbelanjaan lain.

“Selepas bercerai pun, dia langsung tidak ambil peduli tentang bayaran iddah dan nafkah kepada Afiq dan Ruzain.

“Riezman berhutang dengan kawan-kawan dia, saya yang langsaikan sehingga sekarang. Saya malu, kerana dia saya hilang kawan.

“Selama ini saya hanya berdiam diri kerana sudah pernah melakukan perbincangan dengan Riezman tentang perkara tersebut dan dia pernah berjanji untuk melangsaikan hutang-hutangnya.

“Tetapi nampaknya janji tinggal janji. 

“Dia turut menyekat saya daripada akaun Facebooknya,”
 
“Jadilah seorang gentleman. Bertanggungjawablah. Sejak hari pertama kami berkahwin saya yang tanggung keluarga. Malah, bayaran menguruskan perkahwinan, urusan rumah, anak sakit semuanya saya.

“Sejak dahulu pun kalau Riezman ada duit dia akan berbelanja sesuka hati untuk dirinya sendiri,” 

“Saya mahu dapatkan hak anak-anak saya, itu sahaja,” 



Dengan pendedahan ini, Kartina berharap agar Riezman berani tampil menjelaskan perkara ini dan menjelaskan hutang-hutangnya.

Kartina kini menetap di Perth, Australia sejak tiga tahun lalu bersama anak-anaknya

0 Response to ""Jadilah Gentleman, Bertanggungjawablah..." - Kartina Dedah Perangai Riezman Khuzaimi"

Post a Comment