sponsor

KLIK [X] 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close

GEMPAR!! Aqasha, Isteri Bakal Bercerai Sebab Orang Ketiga

Jika diikutkan luahan hati isteri AqashaBaizura Sabri di Instagram, wanita ini bagaikan sudah mengaku kalah di dalam perhubungan mereka yang dibina sejak 10 Oktober 2010 itu. Perkara tersebut berjaya dihidu oleh ahli forum CARI sekaligus menimbulkan pelbagai spekulasi ketika ini.



Perkara tersebut merujuk kepada beberapa screenshot (rujuk gambar) perbualan di antara Aqasha dan juga wanita itu di Instagram yang kini telah pun dipadam. Malah disebabkan perkara tersebut juga mengakibatkan pertelagahan sesama warga laman sosial selain ada yang mempertahankan hak Baizura sebagai isteri.
Tambah Baizura lagi dalam kenyataanya di Instagram yang seakan memberi bayangan sudah berputus asa mempertahankan apa yang diperjuangkan selama ini, dia tidak mahu memburukkan lagi keadaan dengan menjatuhkan maruah suami, semuanya demi masa depan anak anak. Malah Baizura juga menjelaskan dia tidak mahu mendedahkan lebih banyak perkara yang melibatkan maruah wanita berkenaan.
Lebih mengejutkan kongsi isteri Aqasha itu, apa yang terjadi di antara suaminya dan orang ketiga tersebut bukanlah perkara baru dan sudah beberapa kali perkara tersebut ditegur Baizura sendiri namun bagaikan tiada berkesudahan.
Apa yang pasti, baik Baizura mahupun Aqasha dan juga orang ketiga tersebut mempunyai jawapan tersendiri di atas tindakan masing masing. Semoga perkara ini dapat diselesaikan dengan baik, harapnya. 

0 Response to "GEMPAR!! Aqasha, Isteri Bakal Bercerai Sebab Orang Ketiga"

Post a Comment