Menerusi posting itu ramai yang mula membuat andaian masing-masing mengenai hubungan persahabatan mereka. Kalau dilihat daripada ruangan komen, berbagai reaksi peminat apabila melihat gambar mesra mereka. Ada yang suka melihat mereka bersama dan merasakan mereka secocok. Namun ada juga mempersoalkan jarak umur diantara mereka yang jauh.
Terdahulu, Fattah dikatakan sedang menjalin hubungan istimewa dengan bekas isteri orang kenamaan yang juga merupakan selebriti. Mereka juga didakwa semakin rapat selepas Fattah mengeluarkan kenyataan mengenai hubungan cintanya dengan Neelofa yang sudah berakhir.
Bagaimanapun masih tiada kenyataan balas daripada Fattah mahupun Azrinaz berkenaan gosip yang sedang hangat bertebaran ini. Apapun jika benar apa yang diperkatakan, apa salahnya kerana masing-masing juga masih bujang. Doakan yang baik-baik sahajalah. (rtky/w)
0 Response to "Azrinaz Mazhar Kekasih Baru Fattah Amin?"
Post a Comment