sponsor

KLIK [X] 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close

Tak Perlu Tajaan, Saya Mampu Tanggung Kos Perkahwinan Sendiri - Hans Isaac

Tak Perlu Tajaan, Saya Mampu Tanggung Kos Perkahwinan Sendiri - Hans Isaac
Pelakon dan produser filem Datuk Hans Isaac memberitahu menolak untuk menerima mana-mana tajaan perkahwinan kerana selesa membiayai kesemua kos sendiri.

Menurut Hans, dia tidak mahu menyusahkan mana-mana pihak dalam menguruskan hal peribadinya.

"Persiapan telah pun 70 peratus siap dan semuanya menggunakan duit saya sendiri tanpa sebarang tajaan.

"Boleh dikatakan saya berbelanja agak mewah untuk majlis kahwin ini kerana ia merupakan masa yang paling dinantikan dalam hidup saya.

"Selama ini saya sudah bekera keras untuk semua ini, jadi saya tidak kisah jika perlu berbelanja banyak. 

"Jadi, apa juga yang keluarga ingin lakukan saya setuju sahaja," katanya kepada Astro Gempak.

Hans ditemui pada Majlis Tayangan Program Raya Astro 2017,  di Hotel Majestic, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Bagaimanapun majlis perkahwinannya yang sepatutnya berlangsung pada 29 Julai ini telah ditunda kepada satu tarikh lain atas sebab-sebab tertentu.

Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi

1 Response to "Tak Perlu Tajaan, Saya Mampu Tanggung Kos Perkahwinan Sendiri - Hans Isaac"

  1. Mainkan Agen Resmi Piala Dunia Rusia 2018 hanya di ID303, mainkan piala dunianya

    ReplyDelete