sponsor

KLIK [X] 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close

Tempoh hari kata lain, tahniahlah...






Kuala Lumpur: Pelakon Faye Kusairi dan pengarah Azmi Hatta selamat bernikah di kawasan kondominium yang terletak di Taman Cempaka Jalan Ampang hari ini.
Menurut sumber Harian Metro yang turut berada di kawasan kediaman itu, Faye atau nama sebenarnya Dayangku Faratiwan Adnil Awang Kusairi, 30, menerima mas kahwin RM300.
Terdahulu pengantin lelaki yang juga bekas suami penyanyi Elly Mazlein tiba lebih kurang jam 11.25 pagi tadi bersama rombongan.
Menerusi rakaman video yang dikirim sumber Harian Metro, Azmi dilihat mengenakan baju berwarna merah jambu cair sementara rombongan lain warna biru terang.
Majlis pernikahan diadakan berhampiran kolam renang kediaman itu dengan dihadiri keluarga kedua belah pihak.
Faye yang juga pelakon drama 7 Hari Mencintaiku turut memuat naik gambar kad jemputan perkahwinannya bersama Azmi laman Instagtam miliknya dua jam lalu.
Sementara itu menerusi akaun Instagram rasmi kelab peminat Faye iaitu Fayekusairiloversklub turut memuat naik gambar perkahwinan pasangan ini.
Terdahulu Faye menerusi laporan Harian Metro menafikan dia bakal berkahwin dalam masa terdekat selepas memuat naik gambar kad dan senarai jemputan di Instagram miliknya pada 30 Mac lalu.
Faye memaklumkan gambar dimuat naik itu adalah kad jemputan majlis hari jadi anak saudaranya.
Jelas sekali perkahwinan yang berlangsung hari ini bukti Faye menipu wartawan yang menemubualnya sebelum ini.

0 Response to "Tempoh hari kata lain, tahniahlah..."

Post a Comment