Che Ta Perlu Bahagi Masa Untuk Kerjaya, Anak
Bersyukur dengan kurniaan tiga cahaya matanya kini, Che Ta berkongsi kepada BH Online bahawa dia berkemungkinan besar dia tidak akan hamil lagi dalam menambah jumlah ahli keluarga.
“Rasanya tidak (untuk hamil lagi). Saya rasa, lagi ramai anak, semakin bertambah tanggungjawab. Sekarang, semuanya memerlukan duit. Jadi, kalau bertambah anak, ia bererti tanggungjawab menjadi semakin besar selain menuntut perhatian sepenuhnya”
“Bagi saya, mempunyai tiga anak sudah dikira sangat baik. Aaisyah (Dhia Rana) pun sudah ada dua abang. Niat saya untuk mempunyai anak perempuan juga dimakbulkan Tuhan dengan kelahiran Aaisyah,” jelasnya kepada laman berita tersebut.
Tambah Che Ta, jadual kerjayanya yang padat membuatkan dia tidak cukup masa untuk membahagikannya bersama keluarga. Baginya, dia tidak mahu mengambil mudah dalam soal anak anak lebih lebih lagi kini mereka sedang meningkat dewasa. (rtky/s)
0 Response to "CHE TA Tak Mahu Hamil Lagi"
Post a Comment