Tak dinafikan wanita dengan bekerja sebagai pramugari ni cantik-cantik belaka. Kalau pakai mekap, lepas tu perlu kerja selama berjam-jam, pasti akan timbulnya jerawat.
Tapi, kulit mereka kekal cantik je. Apa rahsia pramugari kekal cantik sepanjang masa? Mesti ramai wanita ingin tahu.
1. Minum banyak air
Keadaan di dalam pesawat sangat kering. Ini juga yang membuat kelembapan di kabin sangat minimum dan memberi kesan pada kulit. Jadi, cara paling mudah untuk kulit cantik, minum banyak air.
2. Kurangkan produk kecantikan
Walaupun pramugari perlu memakai mekap, tapi sebaik sahaja di mendarat, memang tiada mekap di wajah. Ia adalah untuk memastikan kulit bernafas.
3. Bawa semburan wajah
Produk semburan air atau face mist ini akan menyegarkan wajah. Tiru cara ini dan bawa ke tempat kerja terutama untuk anda yang bekerja dalam ruang berhawa dingin.
4. Pelembap
Berada di dalam pesawat yang kering kulit wajah akan hilang lembapan. Tapi jangan hanya ambil berat tentang kulit wajah sahaja, rajin-rajin sapu losyen badan, lip balm, krim mata juga perlu dibawa.
5. Pilih produk SPF
Produk-produk yang mengandungi SPF mampu melindungi kulit dari bahaya sinar UV. Jika anda duduk berhampiran dengan tingkap pesawat maka paparan sinar UV pada kulit lebih berisiko.
0 Response to "5 Rahsia Pramugari Sentiasa Nampak Cantik Setiap Hari!"
Post a Comment