Tahniah diucapkan kepada Siti Nurhaliza dan suami, Datuk Khalid Muhd Jiwa yang baru sahaja menimang cucu pertama mereka selepas anak mereka, Asyraf Khalid dan isterinya, Tya Arifin selamat melahirkan anak sulung. Bayi lelaki yang dilahirkan petang semalam diberi nama Ariff Jiwa.
“Selamat datang ke dunia Arif. Kamu pasti akan melalui hidup yang menakjubkan. Terima kasih Tuhan atas keajaiban ini. Nama Arif diambil daripada nama bapa isteri saya, Arifin. Nama Jiwa pula diambil daripada nama arwah datuk saya. Apabila menyebut nama arwah datuk. Arwah sangat pemurah dan dia suka menggembirakan orang lain,” tulisnya di Instagram.
Berita gembira itu dikongsi menerusi akaun Instagram Asyraf sendiri yang gembira dengan kelahiran anak sulungnya yang dilahirkan secara normal di Hospital Ampang Puteri, Ampang. Menerusi perkongsian itu, ramai yang turut mengucapkan tahniah kepada pasangan itu.
Terdahulu, Tya yang juga seorang pelakon dari Indonesia telah mendirikan rumah tangga bersama Asyraf pada November 2015. Hasil perkahwinan itu, pasangan ini baru sahaja menimang seorang cahaya mata. Semoga kelahiran bayi Ariff Jiwa menambahkan lagi kebahagiaan pasangan ini. (rtky/w)
0 Response to "Siti Nurhaliza & Datuk K Timang Cucu Pertama Semalam"
Post a Comment