sponsor

KLIK [X] 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close

MEMANG PATUT BERGELAR PERMAISURI..!! 10 Fakta Menarik Tentang Norashikin, Sultanah Selangor





#Hari ini nama penyampai stesen RTM, Norashikin Abdul Rahman mungkin menjadi carian popular di internet berikutan berita pernikahannya dengan baginda DYMM Sultan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada 31 Ogos lalu.
#Majlis pernikahan selamat disempurnakan di Masjid Istana Diraja, Istana Alam Shah, Klang secara sederhana dan ringkas atas titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku.
#Majlis dihadiri Timbalan Mufti Selangor, Dr Anhar Opir, Imam Paduka Tuan, Mohd Rasid Mahful, Bekas Timbalan Mufti Selangor, Datuk Abdul Majid Omar, Ahli Majlis Agama Islam Selangor, Datuk Salehuddin Saidin, bapa serta ahli keluarga pengantin perempuan.
#Tapi selain dari penyampai berita, siapa Norashikin sebelum bergelar isteri kepada Sultan Selangor. Berikut adalah 10 fakta tentang dirinya yang perlu diketahui khusunya oleh warga Selangor. Walaupun info biasa tapi jadi menarik buat kita selepas beliau bertukar status.
#10 Fakta tentang Norashikin Abdul Rahman, bakal Sultanah Selangor
#1. Beliau berumur 45 tahun tapi nampak lebih muda dari usianya.
#2. Lahir pada 4 Jun 1971.
#3. Norashikin merupakan anak kota berasal dari Kuala Lumpur.
#4. Punya keluarga yang dikira kecil, beliau merupakan anak bongsu dari 3 beradik.
#5. Status sebelum ini adalah ibu tunggal. Norashikin pernah mendirikan rumah tangga dengan seorang juruterbang Etihad Airlines sebelum bercerai.
#6. Bilangan cahaya mata : 2 (lelaki 14 tahun dan perempuan, 17 tahun)
#7. Seperti semua maklum beliau merupakan pembaca berita RTM untuk Berita Perdana dan Berita Dunia juga pengacara program Perspektif sebelum ini.
#8. Telah berkhidmat selama hampir 20 tahun dengan RTM dan antara penyampai senior di stesen tv berkenaan.
#9. Pencapaian: Pernah meraih anugerah Penyampai Berita TV Terbaik di Anugerah Seri Angkasa 2005 (ASA2005).
#10. Sebelum bergelar penyampai beliau terlebih dahulu berkhidmat dengan syarikat penerbangan Malaysia Airlines System (MAS) sebagai pramugari. Norashikin juga turut pernah menjadi pengacara majlis sebelum ini.
#Sumber: Sinar Harian & internet

0 Response to "MEMANG PATUT BERGELAR PERMAISURI..!! 10 Fakta Menarik Tentang Norashikin, Sultanah Selangor"

Post a Comment