sponsor

KLIK [X] 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close

Fathia Latiff Akui Minat Lelaki Matang



Mengakui lebih selesa solo buat ketika ini, pelakon Fathia Latiff juga memberitahu bahawa bukan tiada lelaki yang cuba mendekatinya namun belum ada pengganti yang sesuai lagi buat ketika ini.

“Saya tidak nafikan ramai lelaki yang ingin berkenalan tetapi semuanya tidak sesuai untuk dijadikan kekasih atau calon suami. Terus terang, rata-rata lelaki yang ingin berkenalan adalah remaja belasan tahun”

“Saya juga terkejut kerana ada remaja yang berani mendekati saya di tempat awam secara terang-terangan. Namun saya terpaksa menolak secara baik pelawaan mereka kerana tidak berminat untuk berkawan dengan lelaki jauh lebih muda seperti itu kerana mencari yang lebih matang,” katanya kepada Harian Metro.
Sementara itu, hubungan Fathia dan juga bekas kekasih iaitu Aiman Hakim Ridza – buat ketika ini masih kekal sebagai kawan biasa malah pelakon wanita ini juga tidak menolak jika mereka perlu berganding bersama


0 Response to "Fathia Latiff Akui Minat Lelaki Matang"

Post a Comment