sponsor

KLIK [X] 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close

Lee Chong Wei Sedia Beraksi Dengan 'Kembar' Seirasnya





PETALING JAYA, 26 Ogos: Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei berkata beliau bersedia untuk beraksi bersama peminat yang mempunyai wajah seiras dengannya, Ika Syazwani.

"BolehJika saya ada masa, kita boleh uruskan," kata Lee Chong Wei ketika ditanya pihak media tentang perkara itu.

Chong Wei berkata sedemikian selepas menerima hadiah wang tunai kejayaan di Olimpik sebanyak RM110,000 daripada syarikat perkhidmatan telekomunikasi XOX Mobile.

Ika mula menjadi popular apabila fotonya dikongsi oleh peminat-peminat badminton di media sosial ketika Olimpik baru-baru ini.

Gambarnya sudah menjadi viral sebelum 2013 lagi, namun dia semakin popular selepas Chong Wei memenangi pingat perak di Olimpik minggu lalu.

Menurut Ika, sehingga Selasa lalu, dia telah menerima sebanyak 4,000 permintaan untuk menjadi kawannya di Facebook.

"Jika Universiti Utara Malaysia (UUM) boleh mengatur pertemuan dengan Datuk Lee Chong Wei, sudah tentu saya sangat, sangat gembira," kata Ika yang mempunyai nenek berketurunan Cina.

Sumber : mStar Online

0 Response to "Lee Chong Wei Sedia Beraksi Dengan 'Kembar' Seirasnya"

Post a Comment