sponsor

KLIK [X] 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close

Harta Kekayaan Terkini Dato' Lee Chong Wei Yang Kita Tak Tahu..Korang Tau Tak?



Harta Kekayaan Terkini Dato' Lee Chong Wei Yang Kita Tak Tahu..Korang Tau Tak?



Anda tahu yang salah seorang pemain badminton negara yang cukup saya minat iaitu Lee Chong Wei merupakan salah seorang individu yang agak kaya di Malaysia?

Mengapa saya berkata demikian? Haa, mari kita lihat kereta beliau yang comel ini..
Dengarnya, Lee Chong Wei memang peminat kereta-kereta mewah. Betul ke?

Nissan GTR yang comel yang dimiliki oleh Lee Chong Wei
Berikut merupakan kiraan mudah tentang kekayaan Lee Chong Wei:
Ia diperoleh berdasarkan sembilan kejohanan antarabangsa yang dimenangi, selain pingat emas Sukan Komanwel dan perak Sukan Asia, yang membolehkannya mengumpul hampir RM700,000.
Jumlah itu belum termasuk elaun latihan RM4,000 sebulan, elaun ranking pemain nombor satu dunia RM15,000 sebulan, elaun program Road To London, bonus kemenangan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan pencen RM3,000 sebulan hasil meraih perak di Sukan Olimpik 2008.
Jumlah itu juga belum termasuk pendapatan daripada penajaan yang diterimanya dengan kontrak tertinggi daripada Yonex, Maxis, Samsung, Kaspersky, 100plus dan Astro Arena yang membolehkan ‘nilai’ Chong Wei mencecah RM2 juta hingga RM3 juta.
Setakat lima kejohanan tahun ini – Grand Prix Master Final, Terbuka Malaysia, Korea, Seluruh England dan Terbuka India – pemain nombor satu dunia itu sudah memungut koleksi hadiah kemenangan hampir RM500,000.

Kita harapkan ada pihak yang akan update jumlah kekayaan terkini Dato' 
Lee Chong Wei. Mesti JUTAWAN dah beliau.

0 Response to "Harta Kekayaan Terkini Dato' Lee Chong Wei Yang Kita Tak Tahu..Korang Tau Tak?"

Post a Comment