Lahore : wanita yang membakar anak perempuannya hingga mati kerana berkahwin dengan lelaki pilihan sendiri, dijatuhi hukuman mati hari ini.
#Zeenat Bibi, 16, disimbah dengan minyak tanah oleh ibu dengan bantuan abangnya sebelum dibakar Jun lalu, di Lahore, seminggu selepas dia berkahwin lari dengan mekanik motosikal, Hassan Khan, 20.
#Menurut pendakwa raya, Mian Mohammad Tufail, hakim mahkamah anti keganasan di sini, menjatuhkan hukuman mati terhadap Perveen Bibi kerana membunuh serta beberapa lagi kesalahan keganasan.
#Perveen juga dijatuhkan hukuman penjara 14 tahun dan denda satu juta rupee (RM42,500 ) bagi kesalahan lain berkaitan pembunuhan itu. Anak lelakinya, Mohammad Anees (abang mangsa) dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup dan denda 1.5 juta rupee (RM64,000) kerana bersubahat.
Parveen dituduh mengikut undang-udang keganasan Pakistan, bukannya undang-undang pembunuhan demi maruah yang baru diluluskan kerana penggunaan minyak tanah.
#Undang-undang baru itu juga berikutan pembunuhan selebriti media sosial Qandeel Baloch yang dibunuh abangnya, Julai lalu, kerana terlalu mendedahkan tubuh di media sosial.
Dalam kejadian terbaru semalam, polis menahan seorang lelaki kerana membunuh adik perempuannya dengan renjatan elektrik di Punjab, selepas mangsa berkahwin dengan lelaki pilihannya.
#Menurut polis, mangsa diseksa abangnya sebelum diikat dengan kabel dan dikenakan renjatan elektrik.-HM
0 Response to "Sayu : Gadis ini dibakar ibu hidup-hidup akibat kahwin tanpa restu .. ini hukuman untuk ibu nya yang kejam itu (8Gambar)"
Post a Comment