sponsor

KLIK [X] 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close

Mungkin Ini Penyebabnya Mengapa Mamat Sepah Tiada Di Hari Pernikahan Jep



Penyebabnya Mengapa Mamat Sepah Tiada Di Hari Pernikahan Jep

Ingatkan sudah tamat cerita tentang kumpulan Sepah yang dahulu. Tup-tup semalam di dalam BiPop, Jepp dan Shuib sudah menyatakan yang kontroversi Mamat mengaibkan nama kumpulan Sepah.

Tidak mahu dipalit dengan cerita-cerita yang kurang elok, Jepp dan Shuib mengambil langkah untuk mengundur diri daripada.

Berikut ialah kata-kata Jepp yang memberikan penerangan tentang punca sebenar pembubaran kumpulan Sepah:

Saya tidak mahu nama Sepah dipalit pelbagai kontroversi. Yang membawa nama Sepah ni kami bertiga, jadi apabila ada kontroversi, saya dan Shuib yang tak ada kena mengena pun terkena tempiasnya.

Saya nak buat nama Sepah tu jadi besar dan bersih daripada kontroversi kerana kami orang kampung, tak tahu apa-apa. Kontroversi dicetuskan mengaibkan kami, menenggelamkan nama Sepah. 

Kami tak mahu disebabkan nila setitik, rosak susu sebelanga. Saya bersama Shuib cuba mempelbagaikan bakat yang diberi, tiba-tiba apabila baca akhbar keesokan hari, kami ni yang tak tahu apa-apa, disajikan dengan cerita Mamat.


Kontroversi itu tidak membabitkan Mamat seorang diri, tapi tempias terkena kepada nama Sepah. Saya tak mahu isu peribadi merosakkan nama Sepah. Sekarang saya dan Shuib dikenali sebagai Sepahtu, jadi kalau ada apa-apa lagi kontroversi selepas ini, biar nama Sepah saja yang dikaitkan, manakala kami dah tak ada kena mengena.

Jadi, itulah antara sebab utama mengapa saya dan Shuib menubuhkan kumpulan baru ini.
Menurut Jepp, Sepah tidak dibubarkan, sebaliknya dia menarik diri daripada kumpulan Sepah.


Penyebabnya Mengapa Mamat Sepah Tiada Di Hari Pernikahan Jep

Apabila Shuib turut menarik diri, mereka berdua bergabung untuk membentuk Sepahtu.
Lagipun saya dan Shuib tak pernah memecah atau membubarkan Sepah, kami hanya undur diri untuk menyertai Sepahtu.


Sepah bukan kepunyaan saya seorang, tapi milik kami bertiga. Apabila saya undur diri, seminggu kemudian, barulah Shuib menyatakan hasratnya untuk sama-sama dalam Sepahtu, kini Sepah hanya ada seorang anggota iaitu Mamat.

Apabila Sepahtu ditubuhkan, tiba-tiba ada tawaran daripada MW Entertainment dan Sheikh Qalam Records untuk kami menghasilkan album. Jadi, saya rasa percaturan kami ini seolah-olah sudah disusun perjalanannya.

Namun, apabila difikirkan semula, timbul rasa kasihan pada Mamat kerana kontroversinya bertimpa-timpa, tapi kami perlu kasihan pada diri sendiri dulu. Kami nak serius dalam kerja.


Penyebabnya Mengapa Mamat Sepah Tiada Di Hari Pernikahan Jep

Ditanya adakah kemungkinan untuk Jepp dan Shuib menerima kembali Mamat, jawapannya seperti yang sudah dijangka:

Pun begitu, untuk menerima Mamat semula, rasanya tidak kerana kami tidak mahu dikaitkan dengan kontroversi dirinya. Tapi apabila membabitkan soal kerja, kami tak gaduh, masih boleh berborak, bergurau dan berlakon sama.

Apabila kami menjayakan penggambaran, Sepahtu akan berganding bahu dengan Mamat Sepah. Kami profesional, soal kerja kami akan bersatu.

Manakala Shuib pula secara jujur mengakui sudah tidak mampu menanggung kontroversi yang telah dicetuskan oleh Mamat.

Memang ada perkara saya nak buat dengan Jep saja, bukan Mamat. Bagi saya, setiap manusia tidak ada yang sempurna, tapi sama dengan Jep, saya juga tak tahan dengan kontroversi dicetuskan Mamat.

Kami ni orang kampung dan bagi saya tak perlu ada kejutan budaya seumpama itu. Saya tak mahu nama saya dikaitkan dengan kontroversi Mamat. Saya nak serius cari makan dalam industri ini.

Saya tak pernah berniat menindas Mamat kerana dia masih dikenali sebagai Mamat Sepah. Sekiranya Mamat bagus, dia pandai jaga nama, solo pun boleh cari makan. Selama ini saya jaga nama Sepah, tapi disebabkan dia, nama kami terpalit, jadi saya rasa tidak adil.

Orang menulis di Facebook saya, setiap kali jumpa orang, mereka bertanya, kenapa Mamat jadi begitu, jadi saya malu.

Malah menurut Shuib, dia sudah berkali-kali menegur Mamat tetapi semuanya sia-sia belaka:

Apa hal? Saya tak ada kena mengena, pergilah tanya Mamat sendiri. Saya pantang apabila nama Sepah dikaitkan dengan benda-benda tak elok. Ketika saya bersama isteri (Siti Sarah), saya jaga nama Sepah supaya tak keluar cerita negatif.


Penyebabnya Mengapa Mamat Sepah Tiada Di Hari Pernikahan Jep

Selagi belum jadi (tak kahwin), saya tak bercerita dengan orang. Apabila dah pasti, barulah seronok bercerita. Bagi saya, cerita peribadi, tetap peribadi, simpan untuk diri sendiri. Ini kau (Mamat), belum apa-apa beriya-iya cerita di Facebook.


Saya tegur dia banyak kali sehingga kami pernah bertekak. Tapi, apa saja dinasihatkan itu, umpama mencurah air ke daun keladi, saya bengang!

Sampai satu peringkat, saya malas nak tegur sebab dah ke ‘laut’. Apabila sampai ke tahap kontroversi yang tidak diperlukan, saya bosan apabila orang sekeliling menyindir!

Hmmmm. Makin lama makin berat kisah mereka bertiga ini. Mungkin ini juga merupakan punca mengapa Mamat Sepah tidak hadir juga ke majlis perkahwinan Jep baru-baru ini.

0 Response to "Mungkin Ini Penyebabnya Mengapa Mamat Sepah Tiada Di Hari Pernikahan Jep"

Post a Comment