Terbaru, timbul pula desas-desus mengatakan Erra dan Shahir sudah berkahwin dan majlis mereka diadakan secara tertutup.
Walaubagaimanapun, Erra telah tampil menafikan berita tersebut dan menegaskan beliau sama sekali tidak akan menyorokkan sebarang berita gembira terutama sekali soal perkahwinan.
Sepanjang hidup saya belum pernah sekali pun menyorokkan perkara baik, apatah lagi berkaitan dengan urusan perkahwinan.
Walaupun kelak saya akan bernikah walaupun takdirnya bakal suami bukan Shahir, apa alasan saya mahu merahsiakannya?
Berkahwin ini perkara baik dan bukan satu kesalahan, jadi mengapa saya mahu menyorokkannya?
Kami percaya berita ini tersebar mungkin kerana ramai sekali yang ingin melihat Erra bahagia dan mengharapkan hubungan rapat Erra bersama Shahir berakhir ke jinjang pelamin.Apa-apa pun, kita tidak boleh memaksa Erra dan mendoakan yang terbaik buat mereka berdua
0 Response to " Erra Fazira Dan Shahir Dikatakan Sudah Berkahwin Secara Rahsia?"
Post a Comment