sponsor

KLIK [X] 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close

WAHHHH ! Dulu pernah tersebar foto wajah Waris Mahsuri yang cantik, tapi cuba lihat 6 foto wajah terkininya sungguh mengejutkan!



Sapa masih ingat Lagenda mahsuri, seorang wanita yang cantik rupawan, akhirnya difitnah dikatakan berzina dan dihukum bunuh. Semasa keris ditusuk ke tubuhnya, Mahsuri sempat bersumpah bahawa bumi Langkawi tidak akan maju selama tujuh keturunan dan akan menjadi padang jarak, padang terkukur. Malah darah yang mengalir keluar dari tubuhnya juga berwarna putih.

Itu kisah lagendanya, namun tidak ada sesiapa diantara kita yang pernah melihat wajah sebenar Mahsuri yang dikatakan rupawan itu. Namun sudah tentu ada keturunan Mahsuri yang akan mewarisi kecantikannya itu. MyNewshub membawa wajah terbaru keturunan ketujuh Mahsuri. Keturunan yang memecah sumpah tujuh keturunan itu.

Ini adalah wajah terbaru keturunan ketujuh Mahsuri, Wan Aishah Nawawi. Wan Aishah masih nampak cantik walaupun mengenakan solekan tipis dan dia kini jua bertudung. Dia berkahwin dengan jejaka pilihannya, Alee Tongyon kira-kira dua tahun lepas. Alee adalah seorang usahawan muda industri pelancongan. Alee merupakan rakan sekampung Wan Aishah sejak kecil.

Pasangan ini bagaimanapun mula rapat sejak Wan Aishah memasuki universiti dan mengikat tali pertunangan.Wan Aishah, adalah anak sulung daripada dua beradik kepada pasangan Wan Nawawi Wan Hashim seorang pemandu tut-tut dan Sumaini Karim, pekerjahotel.

Wan Aishah menjadi idola rakyat Malaysia sekitar awal 90-an apabila kisahnya berjaya dijejak Persatuan Sejarah Malaysia cawangan Kedah yang kemudian disusuli Ekspedisi Melawat Phuket anjuran majalah Al-Islam pada 1998.

Ketika itu Wan Aishah baru berusia 12 tahun. Sejak itu berita mengenai penemuan waris generasi ketujuh Mahsuri itu tersebar luas terutama di Thailand dan Malaysia. Penemuan Wan Aishah menamatkan sumpah Mahsuri ke atas Pulau Langkawi yang menjadi padang jarak padang tekukur sejak tujuh keturunan Mahsuri yang silam.

Ekoran penemuan itu, Utusan Melayu (M) Berhad mengambil daya usaha menjadikan Wan Aishah sebagai anak angkat dan mengatur beberapa program berkaitan sejarah moyangnya Mahsuri di Malaysia.

Antara yang paling menarik ialah Minggu Pengisahan Mahsuri di Pulau Langkawi yang mendapat sambutan hangat pelancong dalam dan luar negara.

Wan Aishah pernah melanjutkan pelajaran di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) tetapi cuma untuk tempoh setahun dan kembali menyambung pelajarannya di University of Bangkok dalam jurusan komunikasi.








0 Response to "WAHHHH ! Dulu pernah tersebar foto wajah Waris Mahsuri yang cantik, tapi cuba lihat 6 foto wajah terkininya sungguh mengejutkan!"

Post a Comment