Penyanyi Ameng, 48, menegaskan dia sekadar memberikan pendapat berkaitan masa depan anaknya dan terkejut apabila bekas isteri yang juga penerbit drama, Datuk A Aida memberikan reaksi negatif semalam.
“Setiap manusia ada pendapat masing-masing dan apa yang saya katakan adalah pandangan saya. Kalau dia tidak boleh terima, tidak mengapa.
“Dia ada beberapa anak dari perkahwinan sebelum ini kepada saya juga jadi sasaran? Dia yang buang saya dari hidup dia” – Ameng luah kesal sikap A Aida
“Apa yang saya tekankan kepada anak-anak adalah berusaha mencari rezeki, tidak kiralah apa jenis pekerjaan sekali pun,” kata Ameng ketika dihubungi.
Menurut bekas vokalis Spring itu, dia masih waras dan sebagai bapa sudah tentu dia mahukan yang terbaik untuk anak-anaknya.
“Bapa mana yang tidak mahu melihat anak-anaknya berjaya? Yang saya tekankan adalah jangan tinggal solat lima waktu, tutup aurat dan jangan lupa membaca Al-Quran.
“Itu yang saya mahu anak saya sentiasa buat. Kalau mereka mahu jadi doktor atau bekerja dalam apa bidang sekali pun, saya tak kisah,” katanya.
Ameng atau nama sebenarnya Wan Aminuddin Wan Ismail turut mempertikai mengapa dirinya menjadi sasaran Aida sedangkan bekas isterinya itu mempunyai anak hasil beberapa perkahwinan.
“Dia ada beberapa anak daripada perkahwinannya sebelum ini tetapi kenapa nama saya juga yang kerap kali menjadi sasaran?
“Dia pernah meludah ke langit dan sekarang air liurnya sudah terpercik ke mukanya sendiri. Dia yang buang saya daripada hidupnya. Mungkin sekarang dia sudah kehabisan idea,” kata Ameng lagi.
Ditanya lagi sama ada dia dan Aida ada berhubung untuk berbincang mengenai anak, Ameng berkata dia sudah berputus asa.
“Sekarang, saya serahkan tanggungjawab sepenuhnya kepada Aida kerana banyak buat keputusan sendiri mengenai anak-anak. Pernah beberapa kali saya mahu bertemu anak-anak tetapi dia tidak izinkan.
“Saya sudah penat berbalah mengenai perkara ini. Apa yang mampu saya lakukan hanyalah berserah kepada Ilahi,” kata Ameng.
Sebelum itu, Ameng mengumumkan mengenai perancangannya untuk menghasilkan album khas yang turut menampilkan tiga anaknya.
Perkongsian hidup antara Ameng dengan A Aida dikurniakan dua cahaya iaitu Wan Az Aleesa 20 dan Wan Azevanatassha, 15.
0 Response to "Digelar Kurang Waras Oleh Bekas Isteri.. Ini Pendedahan Mengejutkan Ameng!!"
Post a Comment